Wajah Terbaru Megat Idris Naquiyuddin

Hajat di hati, nak update blog 3-4 kali dalam seminggu. Bila menyelusuri semula blog ni kan, banyak cerita pasal Idris / Lope. So, nak updatelah cerita Lope kat sini.
.
Sekarang dah 14 tahun dah dia. Alhamdulillah, Lope sihat. Inilah rupa terbaru Lope. Masih nampak macam abang baby lagi. Ini gambar diambil hari ini, 13 Februari 2021.



Dulukan, awal-awal menulis blog ni sebab Idris, kemudian naik pangkat dipanggil Lope sebab dah dapat adik. Cerita terbaru bulan Februari 2021, Lope sekarang ni tergelak kelucuan bila kami nyanyikan lagu Gurindam Jiwa. Tapi dia suka tang "Tuai Padi Antara Masak" sahaja. Apa yang lucunya, sampai ke hari ini kami tidak pasti. Uniknya dia, hanya dia yang tahu.


Saja kongsi disini untuk kenangan di masa hadapan. Senyum tawamu akan sentiasa menceriakan kehidupan kami :)

Love,
Puteri Nuur At-Terawis

Comments

Popular Posts