Nasi Ayam Tahun Baru Cina

Terasa janggal untuk menulis, tapi sungguh aku merindui melakar catatan indah di ruangan ini.

.

Tulisnya bukan main gah. Kalau sebelum ini, kita akan menulis, sempena cuti Tahun Baru Cina, saya akan pulang ke kampung, saya akan pergi bercuti etc..

.

Tahun ini, kita berkurung dirumah selama 3 hari.

.

Hari Jumaat , hari yang mulia. 

.

Decided nak masakkan nasi ayam. Ayam order sahaja dari MyFarm melalui GrabFood. Memang saya memilih tidak keluar rumah. Mahal sedikit tak apa, janji saya dan anak-anak tidak keluar rumah.

Mulakan persiapan setelah Encik Bubu balik solat Jumaat. Oh pagi tadi, kami dah ambil heavy breakfast. Nasi dagang sedap. Pun order juga 5 bungkus. Hahaha. Saya memang pemalas begitu.

.

Jadi, ding dong ding dong. Perap ayam 2 jam. Berjayalah keluarga saya dinner dengan nasi ayam.

Paling ringkas nasi ayamnya

Jadi kita kongsi perapan nasi ayam yang paling ringkas ini. Ini saya belajar dari emak saya dan seawal usia 13 tahun, saya dah pandai masak nasi ayam seringkas ini. Siap emak saya percaya saya hidangkan kepada tetamu yang datang. Waktu itu masih dibangku sekolah dan adalah masa tu saudara masa jauh jauh datang. Saya cuma tahu dia adalah sedara sebelah Aboh.

.

Years kemudian, selepas saya berkahwin, baru saya tahu yang datang makan nasi ayam semasa hari raya itu adalah emak saudara suami saya - Wan Cik. Itu pun saya tahu bila Wan Cik cakap kalau nak belajar buat nasi ayam, belajar dengan saya sebab dulu dia dah pernah makan. Hahahhaha.

.

Pengakuan : saya kahwin dengan 3 pupu saya dari keluarga Aboh saya. 

.

So, resepi perapan yang sedap itu adalah semuanya putih.

Bawang putih.

Lada sulah (putih).

Jintan putih.

Jintan manis.

Garam.

Tak adalah kicap ke. Apa ke. Lepas tu, Cik ajar kena perap at least 2 jam. Then, kena kukus dulu keluarkan air ayam. Selepas kukus, barulah digoreng. 

.

Air kukusan tu, dimasukkan semasa masak nasi ayam + sup. Barulah kick rasa nasi ayam sebab dah termasuk dengan pati-pati ayam.

.

Nak buat sup, nak tumis nasi saya rasa sama aje. Nasi ayam ni adalah nasi kegemaran rakyat Malaysia dan Lope. Jadi, memang saya sering buat nasi ayam untuk keluarga.

.

Okey, itu sahaja catatan untuk tahun ini. Harapnya bukan satu entry sahajalah untuk 2021. Takpe, we'll see.

.

.

Love,
Puteri Nuur At-Terawis



Comments

Popular Posts