Surah Al-Kahfi & Kelebihannya
Sumber: SINI.
Surah ke-18 dan mengandungi 110 ayat.
Ia merupakan surah Makkiyah.
Di dalamnya
terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk
cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah
ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang
mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim,
kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang
beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain
membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh
Yakjuj dan Makjuj.
Kelebihan yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW bagi sesiapa membaca Surah Al-Kahfi diantaranya adalah:
- Pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat; dan
- Dijauhi fitnah Dajjal jika menghafal 10 ayat terawal.
Imam
Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah
bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah
al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam
Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda :
"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar
daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada
Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda
: "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya
daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka
jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada
Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah
Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya
hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua
Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada
Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari
Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al
Atiqa."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada
Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada
Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia
dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka
terhindar dia daripadanya."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada
syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda
: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah
cahaya utknya dihari kiamat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar
apabila berjanji, hendaklah mengatakan "in sha' ALLAH".
Ia suatu
kalimah yang sangat penting.
Antara asbab turunnya beberapa ayat di
dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam
ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul
Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.
Namun, wahyu tidak turun
kerana Nabi sallAllahu`alaihi wasallam tidak menyebut "in sha' ALLAH"
tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas
beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat
yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut "in sha' ALLAH"
tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3
persoalan tersebut.
Comments