Sesak nafas. Sesak hati.
Ini cerita 2 hari lepas.
Lope lelah lagi. Nafasnya naik turun dan mulutnya tak putus-putus memanggil "ab-bah-bah" Ada masanya matanya terbeliak naik ke atas. Inilah keadaan Lope yang paling saya takuti - bila asmanya datang menyerang.
Lope lelah lagi. Nafasnya naik turun dan mulutnya tak putus-putus memanggil "ab-bah-bah" Ada masanya matanya terbeliak naik ke atas. Inilah keadaan Lope yang paling saya takuti - bila asmanya datang menyerang.
Dua hari lepas saya pulang ke rumah Cik. Rindu sangat dengan Cik, maka gagahkan diri juga untuk balik. Rumahnya dalam proses renovation sekarang ni, habuk disana sini. Keadaan itu seterusnya membuatkan lelah Lope datang bertandang. Kronologinya, sesampai di rumah Cik malam semalam dia okey. Lelahnya pasang surut di pagi Selasa. Tercungap-cungap. Setelah di beri inhaler, dia okey balik.
Sayangnya, sewaktu dalam perjalanan pulang semalam, saya terdengar nafas Lope pendek-pendek menahan nafas. Sesak. Saya tidak berani meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tambahan pula melalui Gua Musang. Jadi, saya membawanya ke klinik di Kok Lanas dulu. Macam biasa, bila jumpa doktor panjang lebar lah saya explain. Rasanya lepas ni kena buat medical card untuk Lope yang explain Lope dan autismnye. Jumpa doktor je bagi kat dia, so lebih senang.
Tergelak doktor bila tengok saya buat Lope occupied dan distracted semasa ambil nebulizer tu. Habis lagu Faizal Tahir dipasang, dinyanyi. Kalau tak, dia akan menangis dan nak tarik neb kat mulutnya. Lepas 20 minit, Lope dah kembali okey. Saya pun lega. Saya juga request ubat selsema sebab sinus dia ni cepat je dengan habuk.
Lepas tu, kami teruskan lagi perjalanan. Tapi, belum sampai ke Gua Musang, Lope lelah lagi. Kali ni, saya memang cemas sangat sebab semua ubat Lope ada kat belakang. Lebih teruk, masa tu kat tengah hutan dan pukul 8 malam. Gelap gila. Panjang saya doa pada Allah, minta Lope bertahan dan bertahan. Bila kereta berhenti, saya kasi dia inhaler. Terima kasih Dr. Arifa sebab kasi consultation kat telephone je. Sungguh mak dia cuak. Ingatkan nak berhenti Hospital Gua Musang dah lepas tu.
Alhamdulillah, lepas kasi ubat selsema, Lope tido sepanjang perjalanan. Jam 1 pagi, saya kejutkan dia dan kasi sekali lagi inhaler setiap 4 jam. Terima kasih Dr. Arifa tu yang remind Mama dia setiap 4 jam :) Hari ni, setiap 6 jam Lope dipaksa ambil inhaler. Dari dia protes, sekarang ni redha je bila Mama letak aero-chamber kat muka dia.
![]() |
Nama dia Arifa. Nametag tu nal cakap yang she is taken :P |
![]() |
Kaki yang memijak bumi. Sayangnya, kaki ini belum boleh bergerak sendiri. |
Comments
jd arini mcmne dengan Lope ? arap getting ok yer..., ensem boy ! insya Allah.... biar mereka mbesar dgn kita smpi bila2.. kite pergi dlu pun tkpe put.. bila ckp hal anak2 ni sayu hati.... :)