Lope is back!

Alhamdulillah.


Walaupun 'sakit' yang Lope alami sabtu lepas masih berdarah dalam hati mamanya, Alhamdulillah sebab budak kecik sekuat Lope kembali kepada rutin biasa. Tiada lagi minum susu pakai syringe dan tiada lagi makan kena serongkan sudu ke sebelah kiri. Sekarang ni, dah nampak Lope yang kembali aktif berguling ke sana ke mari, berjalan di atas lutut dan melompat-lompat :) Juga, sudah kembali seorang budak berusia 5 tahun yang suka ketawa mengekek dan memeluk mamanya sepulangnya mama dari pejabat.


Ada lagi yang lebih menggembirakan. Terima kasih Allah. Setiap yang berlaku pasti ada buruk dan baiknya. Salah satu kebaikan yang saya lihat adalah Lope makin bertambah sebutan, bunyi dan ceritanya. Mulutnya tak henti pot-pet dan saya bersyukur. Mungkin kerana tersembam dengan kuat, mulut, lidah dan rahang dah bergegar dan dah trigger Lope punya sensori. Wa-allahuaklam. 


Walaupun Lope dah ok, tapi giginya sedikit jongang. Kesannya pada saya sendiri, saya agak phobia apabila melihat Lope bergerak sendiri. Bimbang dia akan terjatuh dan mengakibatkan dia cedera lagi. Juga, setiap kali Lope menutup mukanya dengan kedua tangam atau memasukkan tangan ke mulutnya, saya juga yang gerun. Gerun dia akan sakit. Bukan itu saja, boleh dikatakan kepercayaan saya terhadap Bibik berada di angka kosong :( Saya boleh memaafkan tapi tidak boleh melupakan. 


Apapun, welcome back, Lope! :)


Comments

Syahida said…
Alhamdulillah :)

Popular Posts