Bantal MAS
Hari ni terima satu email dari someone yang bernama Riza *Hello Riza* <--- in case awak ada singgah dan baca entry saya ni. Saya rasakan email dari Riza ni sangat comel. Jadi, tanpa teragak-agak saya nak kongsi email dia. Ni saya sempat buat printscreen dan paste kat sini. Kalau nampak tak clear, sila double click untuk besarkan gambar.
Sejujurnya, dua tiga kali saya baca email dari Riza ni. Selepas dua tiga kali baca, barulah saya gelak dan timbul rasa kesian. Tapi saya juga rasa sedikit terkilan dan terasa seperti dipermain-mainkan. Saya agak terkilan kerana saya rasakan seperti awak sedang menyembunyikan identiti dengan mewujudkan satu email baru untuk berkomunikasi dengan saya.
Apapun, memandangkan dia mengambil masa dan effort menulis email ini, saya nak jawab email ini secara terbuka kat entry ni.
Saudara/i Riza,
Terima kasih sebab menulis email yang panjang itu kepada saya dan juga gigih menyertakan hyperlink sebagai bukti dimana awak jumpa blog dan alamat email saya. Saya bersimpati dengan nasib adik awak yang kehilangan bantal MAS tu. Saya juga bersimpati dengan awak kerana disebabkan bantal MAS tu, adik awak merajuk bagai.
Untuk makluman awak, setahu saya bantal MAS itu memang tak dijual. Saya dapat tupun sewaktu travel international flight - rasanya penerbangan domestik dah tak dibagi bantal tu. Masa tu Lope (anak saya) sedang tidur, maka bantal tu dah jadi souvenier dia.
Sebenarnya memang saya ada 2 bantal tu, 1 adalah kepunyaan Lope dan 1 lagi saya dah bagi pada Jujue sebab dia suka tidur dan bekalan untuk dia. Macam mana pun, seperti yang awak maklum bantal MAS tersebut telah saya berikan pada Jujue. Bantal yang ada dalam simpanan saya adalah kepunyaan anak saya, maka saya minta maaf saya tak akan jual (melainkan awak datang jumpa saya dengan adik awak tu, mungkin saya boleh ubah keputusan saya :P) Tak pun kalau awak serius nak kan bantal MAS tu, trylah email Jujue kot-kot dia sudi jual.
Sekian, terima kasih.
Inilah entry yang buat Riza email kat saya.
![]() |
http://meindayellowworld.blogspot.com/2011/04/monday-bluesss.html |
Kalau-kalau sesiapa yang ada bantal MAS yang lebih dan rasa nak tolong Riza, silalah kesian.
Till then, take care.
Comments
dr sy mas staff..hehe
Bukam smuggle, tapi masa tu Lope tengah tido selepas 4-5 jam mengamuk dalam flight. So, diaorang pun tak berani nak tarik bantal kat kepala & Lope peluk - sebab tu dapat 2 biji. Memang untuk souvenier pun tak dijual ke?
maaf saya gurau je.mmg bantal tu tak jual tapi kalau penumpang guna dan lupa nak return anak kapal takkan mintak balik,lagipun kes awak ni Lope sedap tido takkan nak mintak jugak kan.
mmg tak jual sbg souvenier.bantal tu mmg sedap tido kan?lembut je..hehe
No worries. Bantal MAS tu memang sedap sebab bulu ayam kot :P btw, by any chance, macam mana nak tolong kawan kita Riza ni dapatkan 1 bantal tu?
Riza tu sgt pelik kan ... ahhahha tipu tu
Assalamualaikum.
Note: The only reason why "secret identity" - I've received a few "laughing" responds from few parties which I've requested for help. And those made me look stupid. Thats all I can say. Thanks.
Maaf kalau saudara/i rasa terguris sebab saya sedikit ragu-ragu. Saya minta maaf sebab saya cuma ada 1 dalam simpanan - itupun kepunyaan anak saya.
saya ada hantar emel kat awak ttg bantal tu..nanti reply yer