Azam yang dah 3 tahun dalam list..
... dan masih tak sampai-sampai!
Lope masih belum berjalan.
Lope masih belum berjalan.
Budak pakai baju Come On England ini masih belum berjalan |
Ahad lepas saya ke UKM, attend perkongsian ilmu dengan orang-orang yang otai dalam mendidik anak-anak autistik. Sebenarnya, sebelum ni dah 2 kali saya terlepas majlis ilmu macam ni. Sebab saya bertukar no. phone, maka Kak Marina tak dapat nak contact -___- Lepas tu, dalam siri yang sama, sebelum ni pun memang dah ada sesi perkongsian ilmu ni. Semuanya atas usaha Dr. Hasnah Toran yang mengambil inisiatif untuk mendidik ibu bapa/penjaga kepada anak autistik.
Kenapa saya panggil mereka orang-orang otai?
Sebab mereka dah lalui berbagai ragam, asam garam dan pahit masinnya nak besarkan anak autistik ni.
Saya masih bertatih, masih banyak ingin dipelajari. Banyak sangat ilmu, pengalaman dan tips yang perlu dikutip dari mereka. Wajah-wajah ibubapa yang hadir pada hari tu hanya satu matlamat - mahukan yang terbaik untuk anak-anak autis mereka. Semasa mendengar Dr. Azlin dan 3 orang ibubapa yang berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak mereka, kerap juga mata saya bergenang. Sesungguhnya, masa depan untuk Lope masih jauh dan tersangat kabur.
Kebanyakkan anak-anak autis tidak mengalami Global Developmental Delay. Global bererti keseluruhan. Sebab itu Lope masih belum berjalan. Ditambah pula dengan masalah sensori, saya rasa masih jauh perjalanan untuk Lope. Saya sempat bertanya dengan Dr. Hasnah - juga seorang ibu kepada anak autistik. Sekarang ni, apa yang saya perlukan adalah tumpukan kepada masalah fizikalnya - biar Lope mampu berjalan dahulu then baru fokus kepada yang lain.
Inilah cabaran saya.
Inilah azam dari tahun 2008 lagi yang tak mampu saya lunaskan. Membantu, memaksa, mendesak dan memberikan tekanan kepada Lope untuk berjalan. Mungkin saya masih belum cukup 'rajin' memaksa Lope berlatih. Si anak sendiri pun, dengar aje saya sebut 'practise' terus buat badan penat. Terus menguap, mengantuk dan tergolek. Bila dipaksa, menangis dan merayu mendayu-dayu memanggil "mam-ma".
Kalau ada masa, tengoklah video ini kepada sesiapa yang masih blur apa itu autism. Video ni penerangan paling ringkas mengenai autism dari kaca mata seorang kanak-kanak.
Tiap kali saya tengok video ni juga, saya sebak. Moga Allah permudahkan laluan saya membesarkan Lope dan Obiya di tahun 2012 kelak.
Till then, take care.
Till then, take care.
Comments