Lope yang berbicara
Dah lama nak tulis kat sini bila Lope bercakap. Setiap kali dengar Lope bersuara, rasanya macam dalam hati ada taman. Walaupun tak tahu apa yang dicakapkan, sesekali terdengar perkataan nama 'Abah' dan 'Mama' betul-betul buat saya rasa cukup bahagia.
Semasa video ini sedang dirakamkan, Lope baru sahaja selesai makan. Bila perut kenyang, Lope memang dalam keadaan yang selesa untuk di ajak berbual dan layan kerenah saya. So, kepada sesiapa yang tak pernah tengok Lope secara live, inilah Lope saya semasa 'bercakap'. Dia akan mengulang perkara yang sama. Gigit jari, pandang tangan, sebut 'Abah' dan kemudiannya repeat lagi.
Itulah anak autisma :P
p/s: abaikan suara saya yang dok menyanyi tu sebab nak pancing Lope untuk senyum.
Comments