Jom solat terawih!

Empat saf di barisan Muslimah. Bersyukur kerana ramai yang datang walaupun dengan hiruk pikuk suara anak-anak kecil bersama. Pada saya, scene ini boleh dimaafkan. Solat isyak yang dipimpin oleh seorang Ustaz yang tidak saya ketahui namanya sangat membuai jiwa. Suaranya gemersik dan bacaan jelas dipendengaran telinga. Solat terawih 8 rakaat disertai dengan 3 withir tamat pada jam 9.45 malam. Alhamdulillah, terawih pertama saya di tahun ini dilakukan dengan jayanya.
Fadilat Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana mendapat keampunan dari Allah SWT.
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana mendapat keampunan dari Allah SWT.
Hari ini, saya sekeluarga berpuasa. Banyak azam yang diharap dapat dicapai dalam sebulan tempoh berpuasa ini. Memminta dengan bersungguh-sungguh agar semuanya dimakbulkan Allah. Malam ini, jangan lupa berterawih ye :) Bulan Ramadhan adalah bulan ibadat, jangan sia-siakan waktu muda dengan tubuh badan yang sihat untuk TIDAK mengerjakan solat terawih walaupun disyaratkan sebagai sunat semata-mata.
Fadilat Malam 2:
Di ampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Di ampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Hidup tidak selalunya muda dan muda tidak bererti akan menemui Ramadhan di tahun hadapan. Gunakan sebaiknya peluang yang ada.
P/S : Tepat jam 2.00 petang hari ini, GA My.Little.Secret dengan kerjasama Fisher Price akan tutup. Entry terakhir akan diupload dalam minggu ini. Stay tune!
Comments
saya cari gambar yg best dan jumpa kat sini..selamat berkenalan =)