1 Syawal 1432 Hijrah
* Mama & anak - BUKAN baju raya kami *
Bersiaran di pagi Aidilfitri dari Bukit Marak, Kota Bharu Kelantan. Tak sempat nak karang ayat power-power, so nak cerita seseringkas mungkin.
* Cik personally request buatkan Soto Puteri di pagi 1 Syawal. Hidangan lain yang memang dah ada Nasi Dagang, Roti Jala & Kuzi Ayam serta Makaroni bakar.
* Di malam raya, seperti kebiasaannya saya akan mengeluarkan pakaian raya untuk Bibik iron. Bila dicari-cari, baju kurung untuk raya Mama dan Obiya (baju kami sama) tak cukup sebabnya kain untuk baju kurung Obiya tak ada. Rupanya, ada orang unpack baju raya dia & tertinggal di Putrajaya.
* Sebab nak baju sama dengan Obiya, maka terpaksalah pakai aje baju yang sama dengan Obiya.
* Tahun ni tak pergi solat sunat Aidilfitri, malahh lawatan ke kubur Ummi & Abuya pun tidak.
* Orang pertama yang dilawati sempena Aidilfitri adalah Abg CC di HUSM Kubang Kerian.
Okey, rasanya itu aje. Kalau rasa nak makan Soto Puteri, silalah singgah di rumah Cik saya. Tweet me ye kalau nak singgah :)
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin
Sent from my BlackBerry® Smartphone
Comments
selamat hari raya aidil fitri Puteri...jemputlah datang ke Sg Long - kak Shasha.
Kak ore klate ehh? raya thn ni pun saya balik klantan (umah MIL). Kat pasir kasar.. bukit marak tu x jauh sgt kan dr situ?