Baby Nursery Room


Setelah menjadi mama ni, saya sering mengimpi untuk menyediakan bilik yang cantik untuk Lope dan Obiya tapi buntu macam mana dan bagaimana nak hias bilik si kecil ini biar menjadi cantik dan berseri serta selamat untuk mereka diami. Kalau anda juga dalam dilema seperti ini, saya sarankan anda singgah di
Baby Nursery Room
.

Saya sendiri telah beberapa kali singgah disini, dan setiap kali singgah, saya akan 'wooow' dan 'uhhh' sebab melihatkan bilik-bilik si kecil yang dihias cantik itu membuatkan saya nak juga sediakan bilik sehebat itu untuk anak-anak saya. Website ini bagus untuk ibubapa muda yang masih mencari idea menghias bilik anak-anak kerana disertakan juga tips-tips keselamatan yang kita tidak perasan pun penting untuk anak-anak.

Selamat singgah :)


Comments

Popular Posts