Nasi Tumpang
Sebenarnya gambar ni dah lama bersarang dalam internal hard disk saya, semalam sewaktu mencari dan mencari gambar, terliur pulak tengok gambar makanan. Jadi sebab tak nak dok terliur sensorang, maka saya nak share kat sini.
Kalau dahulu, masa kecik-kecik kalau di pagi Jumaat, ada masanya arwah Aboh saya akan belikan nasi tumpang sekembalinya dia dari kuliah pagi jumaat. Mungkin ada yang tidak tahu apa itu nasi tumpang. Nasi tumpang merupakan makanan yang terkenal di negeri Kelantan. Nasi yang digunakan agak lembik dan dibungkus bersama dengan lauk-pauk seperti ikan, udang, telur dadar dan sambal. Pada masa dahulu nasi tumpang ini disediakan sebagai bekalan kepada nelayan yang akan turun ke laut.
Dulu, nasi ini cuma RM1 sahaja, tapi sekarang ni Cik cakap dah RM2. Makanannya simple je, nasi lembik digulung dalam daun pisang bersama lauknya.
Comments
*saye silent reader akk*