Senyumanmu satu azimat
Megat Idris Naquiyuddin is the best thing ever happened to me
Bukan saya menidakkan kelahiran Obiya 2 tahun kemudiannya melengkapkan kehidupan sebagai seorang ibu, tetapi anak yang menjadikan saya seorang ibu untuk kali pertamanya 'lain' sedikit rasanya. Tambahan, si anak adalah anak istimewa. Membesarkannya selama hampir 4 tahun ini mengembalikan saya ke alam persekolahan kerana saya kembali belajar bagaimana untuk membesarkannya, mendidik dan bersabar dengan kelainan yang ada padanya yang menjadikan dia seorang istimewa.
Anak istimewa inilah yang mengajar saya tentang segala erti kasih sayang seorang ibu yang tiada henti. Jika tidak kerana dia, saya sendiri tidak tahu begini rasanya menjadi ibu. Sumpah, sangat indah walau banyak masa, tenaga dan pengorbanan yang perlu dilakukan namun dengan hanya memandang kepada satu senyuman ini, segala kepenatan dan keletihan itu terbang pergi.
Senyumanmu satu azimat!
Lope bersama Abang Jue dan Abang Zul Adz
Terima kasih kerana memberikan pinjaman terindah ini untuk disayangi. Tiada apa lagi yang mahu saya pohon selain memberikan kesihatan yang sempurna untuknya, dijadikan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan orang tuanya dan menjadi hambaMu yang baik.
senyum untuk mama :)
Comments
sihat + ceria2 selalu ya.