Sayangkan anak, tangan-tangankan?
Orang tua-tua cakap, kalau sayangkan anak tangan-tangankan. Tapi kenapa lepas ikut cakap orang-orang tua tu rasa bersalah gila?

Entry ni ditulis selepas saya sendiri dengan menggunakan tangan kanan saya memukul tangan kanan Obiya selepas dia membaling telefon tepat ke muka saya dan terjatuhlah spec dan hasilnya terdapat sedikit luka dibawah mata sebelah kanan.
Jika ditanya apa saya rasa sekarang.
Jawabnya saya rasa berdosa kerana memukul tangan kecil itu.
T_T
Tengok muka comel macam ni tapi mama dia pukul. Terukkan mama dia?
Ini bukan kali pertama Obiya menguji tahap kesabaran saya tapi selalunya saya masih mampu bersabar. Tapi petang semalam, saya tangankan juga si comel kesayangan saya selepas itu rasa bersalah datang meruap dan badan kecil itu saya peluk dan cium berulang kali semula.
Bagaimana harus mendidik anak berusia 2 tahun ini?
Sudah berulang kali rasanya saya bercakap dengannya. Bila berbuat begini, maksudnya Obiya tak sayangkan mama, bila Obiya buat macam ni buat mama jadi sad, bila Obiya buat macam ni buat mama sakit tapi anak berusia 2 tahun ini tidak faham akan erti bicara seorang ibu itu.
Muka orang yang lepas kena marah dengan mama dan mama pujuk dia balik
Mama blogger, ada advice macam mana nak didik anak ni? T_T

Entry ni ditulis selepas saya sendiri dengan menggunakan tangan kanan saya memukul tangan kanan Obiya selepas dia membaling telefon tepat ke muka saya dan terjatuhlah spec dan hasilnya terdapat sedikit luka dibawah mata sebelah kanan.
Jika ditanya apa saya rasa sekarang.
Jawabnya saya rasa berdosa kerana memukul tangan kecil itu.
T_T

Ini bukan kali pertama Obiya menguji tahap kesabaran saya tapi selalunya saya masih mampu bersabar. Tapi petang semalam, saya tangankan juga si comel kesayangan saya selepas itu rasa bersalah datang meruap dan badan kecil itu saya peluk dan cium berulang kali semula.
Bagaimana harus mendidik anak berusia 2 tahun ini?
Sudah berulang kali rasanya saya bercakap dengannya. Bila berbuat begini, maksudnya Obiya tak sayangkan mama, bila Obiya buat macam ni buat mama jadi sad, bila Obiya buat macam ni buat mama sakit tapi anak berusia 2 tahun ini tidak faham akan erti bicara seorang ibu itu.

Mama blogger, ada advice macam mana nak didik anak ni? T_T
Comments
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam...