lemah tanpa kamu T_T
.
.
.
.
.
i feel helpless
.
.
.
.
.
bila kekuatan saya adalah satu-satunya menjadi penyebab kelemahan saya.
rasanya seperti tidak mampu nak berkongsi segalanya disini. sangat personal dan sangat meruntun jiwa. temujanji lope semalam dengan doktor pakar sedikit melemahkan saya. tipulah sedikit. bukan sedikit tetapi seperti meragut separuh dari kekuatan saya untuk berdiri. disebalik ketawa hilai dan wajah ceria saya, rupanya saya masih punya kelemahan yang saya tidak dapat pamerkan pada sesiapa. cukup dengan penjelasan dari doktor, apa yang akan dibuat dan penantian selama 2 tahun nanti benar-benar menggusarkan saya.
tiba masanya saya malas bercakap. hanya pada Cik saya bercerita. itupun untuk mencari kekuatan untuk diri sendiri kerana dia seorang ibu dan dia pandai 'membaca' hati saya seperti membaca hatinya sendiri. kerana saya ibu juga, sebelum saya melelapkan mata semalam saya kegelisahan memikirkan lope di masa akan datang terutamanya apabila saya sudah menutup mata dan tiada di muka bumi ini. pada siapa harus saya sandarkan tanggungjawab menjaga anak kecil saya yang tidak berupaya ini?
menjadi anak bongsu dan bersuamikan anak tunggal bukanlah satu bonus untuk saya dalam keadaan ini. seperti juga dalam cerita 3 abdul, dialog 'kanda saudara yang tua, kanda akan mati dahulu' pada siapa harus saya amanahkan lope? lena saya semalam bersama fikiran yang semakin gusar dan semakin karut mengarut mengenai lope dan masa depan kami sekeluarga.
bangkit pagi ini, saya berbisik sendiri bahawa ketentuan Allah itu adalah kehendakNya. Maka, saya berserah kepadanya sahaja. tidak mampu saya mengaturkan semuanya, saya cuma mampu berusaha dan berusaha kemudian bertawakal dan selebihnya menerima ketentuanNya untuk lope. saya yakin, Allah tahu apa yang terbaik untuk insan kerdil seperti kami ini.
.
.
.
.
.

lope in his early months being my son
Comments
kak eima pun tatau nk ckp cam ne .. tp akak kena tabah ok ...
tak pun wat tabung amanah utk lope ...
walau dimana sekali pun 'ditempatkan' minda dan hati ini....apa kah akan ada titik temu nya...?
ada ketika sudah tidak tahu apa lagi bentuk pengorbanan.....yang perlu dilakukan....
ada ketika nya pula sudah tidak pasti jalan apa yang perlu dipilih....
namun ruang dan peluang tetap ada...pabila segala pengharapan diletakkan semata2 pada-Nya....Penentu...Pemilik...yang Maha Mengetahui....Maha Mengasihani....
dan Dia sama sekali tidak akan memungkiri janji.....Dia sama sekali tidak akan menzalimi....
ketentuan Allah adalah rahsia Allah....
wallahu'alam...