hari CNY kami :)
Tajuk mestilah ibarat 1Malaysia punya tema.

Rupanya suara dia sedap, ok? Saya dan Encik Bubu ingatkan tak off audio, ghupanya dah memang suara dia. Demyuhhhh.. next time boleh repeat karaoke lagi ;)
Happy Bunny Year! Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya :)
Terima kasih sebab kasi kami cuti 4 hari terus. Oh, I love Malaysia :)
Semalam sebenarnya dah terjadi satu family gathering yang tak dirancang. Last week, Cik dah keluarkan arahan bahawa kami adik beradik yang ada di KL ni kena attend kenduri kahwin anak Pak Abu, my Aboh's brother somewhere in Kg. Delima. So, saya tak keberatan sebab kalau saya tak jumpa diaorang time ni, then bila lagi. Maka saya ke sana dengan Encik Bubu dan Obiya sahaja. Lope dan Bibik saya tinggalkan di rumah Kak Yan. Rasanya tidak sesuai membawa Lope ke acara kenduri kahwin yang sesak dengan orang ramai dan cuaca yang panas. Lagi mendera dia nanti. Sepanjang kenduri tiada apa yang terlebih menarik untuk dikongsikan. Cuma, di penghujungnya Encik Bubu dan Alang pergi bantai karaoke lagu Ghazal untuk Rabiah. Haiyo..

Gelagat si Obiya plak bila pegi kenduri, sure nak tengok pengantinnya. Semalam, sibuk dia nak tengok pelamin. Itu ada lumrah yang biasa untuk budak perempuan kan? See, dia dan Qaisah, sama naik posing kat pelamin.

Tapi, selepas tu, dia pun tak nak kalah turut join skuad sepupu-sepupu lelaki dia dok main tae-kwan-do selepas kitaorang orang-orang tua ni nak berborak dan get together.

Sebab tak puas hati dengan karaoke kat majlis kawin orang, saya sengaja ajak abang-abang pergi karoks. oh! first time kot buat outing dengan abang-abang. I wish Nyah could join me in tapi dia hantar Ateef je sebagai wakil. Haishh.. but, still OK. First time dok dalam bilik karaoke dengan 4 orang Megat & sorang Puteri. Selepas Asarnya, kami terpacak kat Superstar, Wangsa Walk.

Malamnya Andak dan Kak Ta buat acara makan-makan lagi. Kat rumah Kak Yan ada steamboat, pun kami pulun satu round lepas tu pergi rumah Andak kami pulun lagi satu round sebab ada gulai tempoyak :P Oh, berhimpun adik beradik yang tak dirancang dan sangat best. Thanks ye tuan rumah. Lain kali ajak lagi.
Comments