Cerita 8 hari kami berkampung di Hospital Putrajaya - Part 2
Coret-coret sepanjang 8 hari di Hospital.
Apa yang bersarang di hati tatkala bersama Lope di hospital

Apabila Lope berada di wad, dua perkara yang sering terbayang didalam benak saya. Saya terbayangkan Obiya yang terpaks ditinggalkan didalam jagaan Bibik siang dan malam. Kasihan rasanya. Anak perempuan itu adalah soft spot Encik Bubu namun tiap kali matanya ingin tidur, dia akan mencari saya. Inginkan tangan ibunya membelai rambut sebelum matanya terpejam.
Kasihan Obiya, namun saya perlu adil. Lope lebih memerlukan. Tidak sesekali saya akan meninggalkannya dalam jagaan Bibik. Saya bertanya pada Cik, adilkah sebagai ibu saya melebihkan Lope? Waktu saya masih kecil dahulu, sewaktu arwah Abang Nan saya terlantar 6 bulan di wad dan saya diletakkan dibawah jagaan ibu saudara saya, saya sering merasa 'tak sayangkah Cik pada saya?' dan saya tidak mahu Obiya juga merasa perkara yang sama.

Demam secara mendadak pada malam ke-5 di Hospital Putrajaya

Lope demam secara mendadak di malam ke 5. Waktu itu, saya takut memandang pucat lesi wajahnya, ibarat warna mayat terkujur kaku. Malah, bibirnya juga bertukar menjadi kebiruan. Sungguh saya panik. Jam 2 pagi saya memannggil jururawat. Datanglah seorang jururawat dengan muka tidak bermayanya mengambil catatan suhu badan Lope : 37.7. Dis seterusnya memasukkan bullet ke badan Lope. Kemudian dia berlalu.
Saya melihat Lope masih menggigil. Saya selimuti badannya. Tak cukup dengan satu duvet, saya tambah lagi duvet saya sendiri. Tangannya menggigil. Kasihan Lope saya. Saya jamah dahinya, makin panas. Saya tahu patern Lope bila demam, selalunya dia tidak menggigil. Saya tekan lagi butang memanggil jururawat. Kali pertama, tiada. Saya tunggu beberapa minit. Kali kedua, juga sepi. Mahu tidak, saya sendiri mencari mereka di kaunter jururawat dan di ketiga-tiga bilik di depan kaunter itu. Tetapi mereka tiada.
'Seronoknya' apabila saya menemui mereka di bilik TV. Kedua-duanya sudah berbaring sambing TV terpasang. Apabila saya meminta agar diambil sekali lagi suhu badan Lope, dia menjawab 'Bukan baru tadi ambil suhu' dan kerana malas bertelagah dan meninggalkan anak saya sendirian di bilik, saya pinjam termometer dan saya mengambil sendiri suhu badan anak saya. Walau dia ada datang selepas beberapa minit, hati saya radang. Penolakan pertamanya seperti tidak mahu mengambil suhu badannya membuat saya mula berasap.
Sah saya benar apabila suhu badan Lope menginjak ke 39.6!
Kali ini, tiada lagi senyum dibibir saya apabila bercakap dengan jururawat berkenaan. Saya bukanlah seorang doktor yang tahu kenapa anak saya sakit tetapi saya seorang ibu yang tahu bagaimana keadaan anaknya apabila demam. Melalui pengalaman saya, saya tahu something is wrong dengan Lope. Kali ini juga, saya meminta dia memanggil on call doctor untuk datang melihat keadaan Lope.

Lope hanya terlelap selepas sejam kemudian dan saya sehingga ke dinihari tidak mampu untuk tidur lagi. Saya bimbang jika Lope kembali demam secara tiba-tiba. Kegusaran saya itu menjadi nyata apabila jam 11 pagi keesokkan harinya, dia demam lagi secara mengejut.
Urine bag dan x-ray

-_-
Lepas tu kena x-ray pula sebab doktor nak tengok sama ada kena jangkitan kuman atau kenapa Lope demam secara mendadak. Tiada yang menyakitkannya tetapi sedih melihat dia tidak berdaya begitu. Melemparkan senyum juga tidak mampu.

Bukan ke Hospital jika tidak merasa dicucuk -_-
Terima kasih kerana datang meziarahi
Farid bawa awek cun melawat Lope :D




Mana-mana yang datang tapi takde gambar, jangan marah eh. Saya sangat hargai dan Lope juga. Terima kasih atas ingatan, dan ole-ole semua bagai.
.
.
.
.
.
Apapun, saya bersyukur kerana semuanya telah kembali kepada seperti sepatutnya.
Terima kasih di atas keprihatinan semua.
Hanya Allah dapat membalas setiap kebaikan.
Comments
then warded kan kat private ...
pas 2 hari bleh balik ...terus sihat berbanding dok kat ctu tak perubahan semakin teruk ade la...
jururawat yg kurang ajar... JM Farahida wad 2c syif mlm ....
sgt geram ....
anyway semoga lope semakin sihat
harap2 semua dipermudahkan ok? :)
jemput ke rumah..
http://laydie-dda.blogspot.com
keep in touch yeee..♥♥♥
put, ayu dapat bayang dan rasa gelora getir perasaan put saat itu.Terus teringat masa aisya admit wad dulu.1 jam lebih masa diambil HO utk buat drip pada aisya.Lebih 12 kesan cucuk pada tangan kakinya.Memang time tu ayu hangin satu badan.ayu srh stop prosedur tu dan minta pakar yang lakukan segalanya untuk aisya. Anyway..xmau sedih-sedih lagi k? lope pun dah semakin sihat.
hope he's okay now...kesian tgk + xsnggup nk tgk budak kecik sakit..
takecare dear !!
Lope da sehat? semoga semakin sehat ye.
ye perasan seorang ibu bila bdepan ngan karenah Jururawat & Doktor gomen selalu ingin mnagis & mradang kan..tak dpat sabar, sbb ia bkaitan ngan kesakitan yang dlalui oleh anak.
tabah & terus tabah yea.