Salahkah saya menjadi peminat setia Faizal Tahir kerana saya seorang ibu kepada anak istimewa?

Sila baca tajuk yang agak berangin di atas ini.
Memang mood saya sendiri pun berangin kus-kus ini. Dari seorang yang rileks je, senang nak bantai gelak-gelak saya bertukar menjadi seorang yang pemarah apabila "you-know-who-you-are" mempertikaikan kredibiliti saya sebagai seorang ibu hanya kerana saya meminati Faizal Tahir.
Sumpah, saya rasa...
Sedih
Terkilan
Kecil hati
Menangis
Secara peribadinya, saya tidak tahu bagaimana tanggapan umum apabila membaca my.little.secret - yang mana saya mencatatkan hampir 80% perjalanan indah saya sebagai seorang ibu yang mengabadikan ceritanya membesarkan seorang anak istimewa dan tidak serta dalam masa yang sama dia berkongsi cerita menjadi dirinya sendiri. Saya ingin sekali meletakkan persepsi ini kepada pembaca, seorang ibu kepada anak istimewa yang bakal berusia 29 tahun juga mempunyai minat kepada muzik selain mengabdikan dirinya buat Encik Bubu, Lope dan Obiya.
Saya terkilan apabila dikatakan seperti saya mengalami conflict of identity tentang diri saya yang sebenarnya dan dengan apa yang saya terjemahkan di dalam my.little.secret. seperti tidak sama. Saya tidak tahu apa yang tidak sama. Tentang cerita saya yang sayang akan Lope dan Obiya atau part saya meminati Faizal Tahir. Saya meminati Faizal Tahir di atas restu Encik Bubu. Titik. Saya tak sangka, rupanya ada juga yang berbulu mata agaknya melihat saya mengikuti perjalanan seninya. Adakah kerana mengikuti Faizal Tahir maka saya mengabaikan rumah tangga saya? Soalan itu hanya layak dijawab oleh Encik Bubu sahaja, bukan orang-orang dari luar yang membuat tanggapan kerana berjaya melihat gambar-gambar saya di Facebook bersama penyanyi tersohor itu. Saya meminati dan menyokong perjalanan seni Faizal Tahir bermula dari penampilannya di One In A Million lagi. Saya percaya pada bakatnya. Malah, penyanyi ini juga pernah menabur jasa buat Lope.
Saya tersangat..
.
Sedih
.
Terkilan
.
Kecik Hati
.
Menangis
.
Apabila tanggapan itu datangnya dari manusia-manusia kegemaran saya. Rupanya baru saya tahu, mereka masih belum mengenali saya walaupun sudah 29 tahun mereka menyaksikan saya hidup di atas muka bumi ini. Saya sungguh-sungguh terkilan. Saya rasa remuk hati ni dibuatnya. Hampir 30 minit saya menangis, hampir 30 jugalah saya memandu sambil menangis hanya semata-mata kata-kata tajam itu. Tapi, selepas 30 minit saya bazirkan air mata, saya tahu, saya kuat. Saya tahu, diaorang bercakap dan nasihat buat ini bagus, buat itu tak bagus tanpa pernah berfikir bagaimana rasanya menjadi diri saya. Selepas saya menghimpunkan semula fakta-fakta yang rasional untuk saya tenangkan diri, saya tiba di Putrajaya dalam keadaan yang tenang.
Saya tahu "you-know-who-you-are" membaca entry ini. Sewaktu berhadapan semalam, saya tidak mampu menyampaikan kata-kata ini walau saya tahu kepandaian otak kalian melebihi saya sebenarnya dan begitu juga berapa gandaan umur yang korang dah tempuhi berbanding saya.
Hidup saya tidak akan sama sekali sama dengan korang sebab korang tidak pernah merasai bagaimana dianugerahkan anak seistimewa Lope. Saya tidak bodoh dan saya tahu apa saya buat. Saya minat Faizal Tahir dan dalam pada masa yang sama, saya juga tidak mengabaikan Encik Bubu, Lope dan Obiya. Mereka adalah keutamaan dalam hidup saya sampai bila-bila. Saya kesal kerana statement saya "esok nak pergi AJL" mewujudkan rasa merajuk dan jauh hati saya pada korang. Takpelah, ada atau tidak saya tidak mencukup atau menggenapkan hidup korang yang sempurna. Maaf sebab selama ini menyusahkan korang. Lepas ni, saya berjanji atau mungkin tiada lagi saya menelefon/sms mengadu, meminta pendapat atau menyusahkan korang dengan hidup saya.
Sekian, saya kecil hati dan saya nak menangis lagi bila tulis ini.

Comments
bersabar ya Kak Sue.
Ini hanya sikap orang PHD..
Geram pula dengan orang ni.
tak tahu macam mana nak buat Kak Sue cheer up!
Kak Sue...sabar ya!
Org PHD ni bercakap sedap mulut aje..
Kadang2 kita luahkan dan explain pun masih ada yang bg ni > "Q" kat kita...
Kadang2 apa yang kita buat adalah salah satu cara kita gembirakan hati kita selepas semua yang kita buat untuk gembirakan hati orang lain walaupun adakalnya bukan diarang yang gembirakan hati kita semula....
Be yourself kakak....
pedulikkan apa yangdiorang nak cakap. Mulut orang memang macam tu, tak boleh melihat kesenangan orang lain.
Soal minat kita pada sesuatu benda/pekara/orang tu biarlah kita buat pilihan kita sendiri. we have a right to choose whoever we like and whatever we wanted to do. As long as we didn't entered other people life so we hope that those people don't enter mine.
Mama Lope dgn Faizal Tahir...
"Style" da...
:) mulakan hari anda dgn senyuman pasti ceria hidup ini...
yeahhh....
takmo baca yang sedih!
suruh la FT sign bb saya jugaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Saya cuma ingin menjawab untuk tajuk entri di atas.."TIDAK SALAH" dear.... Anda berhak ke atas kehidupan anda sendiri dan keluarga anda...
"HANYA KITA YANG TAHU APA YANG KITA BUAT ITU TERBAIK" pedulikan kata-kata orang.
p/s:nak jumpa put, lope n obiya.
"HANYA KITA YANG TAHU APA YANG KITA BUAT ITU TERBAIK" pedulikan kata-kata orang.
p/s:nak jumpa put, lope n obiya yg comei.
akak walaupun tak minat FT, tapi takder la pulak over sampai orang minat FT pun jadi mangsa (i did try to minat dia, tak tokleh la..sorry die hard fan FT) but one thing akak admit, FT is very talented.
seboknya orang yang mempersoalkan life awak because of awak minat FT, ishkk pedulikan...
apa pun akak tataappp akan masuk sini baca entry, cuma selalu silent jek, sesekali drop msg.
akak sabor ajolah ngan kate2 org tue..manusia nie mcm2 perangai..
anyway sy pollow this belog eh..
nice to read..
Peduli ape org nk kate ... Lieza pon minat FT sbb bakatnye yg superb. Suarenye mmg sedap dan orgnye sempoi... go go go.. mulittlesecret and go go go FT ... muuehaha Lieza
Pedulikkan Put.