Lope jumpa dermatologist
Ekoran masalah kulit Lope yang semakin teruk, hari ini seperti yang ditetapkan saya membawanya ke Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk temujanji berjumpa dengan pakar kulit. Temujanji jam 2.00 petang di HKL adalah sesuatu yang mencabar untuk saya tiba dari Putrajaya, tambahan pula saya bekerja hari ini. Alhamdulillah, Encik Bubu juga ada bersama kali ini, bersama Cik. Temujanji di HKL adalah sesuatu yang perlu untuk saya dan Encik Bubu hadir bersama.

Ini merupakan kali pertama saya membawa Lope bertemu dengan Dermatologist. Kiranya saya membawa bersama surat rujukan doktor dari Klinik Putrajaya dan salinan surat beranak berserta MyKid bimbang kalau-kalau menjejaskan urusan pendaftaran nanti. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan saya mendapat angka giliran 212 di bilik no. 9 pada jam 2.30 petang.
Seterusnya saya menapak ke bilik timbang. Disini Lope tidak lagi dibaringkan kerana badannya yang meninggi sama sekali tidak mengizinkan dia menggunakan timbang baring. Kalau setahun yang dulu, saya masih merasakan kesayuan apabila datang ke bilik timbang ini kerana mata-mata yang memandang ke arah Lope namun hari ini saya merasa bangga mendukung dan berbicara dengan Lope walaupun berbicara dengan Lope menuntut saya bersuara ala-ala Mickey Mouse, ada masanya seperti Upin dan Ipin dan ada juga kadang kala seperti suara si Barney yang berwarna purple itu.
Perasaan bangga itu semakin kembang apabila Lope rupanya sudah 13.6kg dengan ketinggian 96cm. Tidak lama saya menunggu, giliran Lope tiba. Apabila berjumpa Dermatologist, saya merasa kagum tatkala melihat doktor berkenaan mengambil gambar pesakitnya dengan menggunakan kamera DSLR yang super canggih. Rupanya doktor pakar kulit hari ini menggunakan kamera noks. Bila tiba giliran Lope, memandangkan ini merupakan kali pertama berjumpa, banyak doktor bertanyakan mengenai latar belakang keluarga dan Lope.
Tidak ketinggalan, Obiya akan tetap bersama si abangnya walau kemana sahaja. Ini aksi si Obiya yang pertama kali menjejakkan kaki ke HKL.

Apabila didiagnos, didapati kulit Lope adalah super sensitif, kulit lokek yang mana ianya bercampur didalam genetik dan juga tabiat Lope kebelakangan ini yang gemar menghisap serta menggigit jari serta dengan menggunakan jari yang sama menggaru bahagian pipinya, belakang dan kadang kala sehingga ke pampersnya. Kegiatan itu telah menyumbangkan jangkitan kepada kulit Lope.

Pakar kulit hari ini sangat canggih sebab dia ada DSLR yang gedabak punya untuk ambil gambar kulit yang bermasalah. Pergh!

Tidak lama saya bertemu doktor berbangsa tiong hwa itu, namun part yang paling seronok adalah apabila saya mengambil bekalan ubat di farmasi kerana ubat sangat banyak. Bekalan ubat ini adalah untuk Lope yang sangat banyak pada hemah saya. Saya tidak tahu berapa kos keseluruhan ubat berkenaan. Saya bersyukur kerana di masa-masa hadapan, Lope akan sentiasa mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.

Comments
Oh ya, nak cakap jugak kat sini, kamera Doc tu guna sebiji macam dalam cite2 CSI... (oh, sungguh tinggi pengaruh CSI dlm diri saya..bwahahaha)