Lagi aktiviti berdiri
Semalam seperti selalu saya tunaikan tanggungjawab saya membawa Lope ke Hospital Putrajaya. Acara mingguan menghadiri terapi cara kerja memang acara dinanti-nantikan oleh Lope dan juga Obiya. Kalau minggu sudah, Lope didirikan di atas standing frame, minggu ni pun sama. Saya gembira bila berdiri, saya dapat lihat kaki Lope kemerah-merahan, putaran darah dia berjalan dengan betul agaknya.
Pada mulanya dia menangis, mungkin tak selesa kot. Tapi lama kelamaan, Lope nampak okey dan mula tersenyum-senyum.
Pada mulanya dia menangis, mungkin tak selesa kot. Tapi lama kelamaan, Lope nampak okey dan mula tersenyum-senyum.
Bila start je aktiviti yang perlu Lope bekerja, nangis sepanjang masa. Selalunya 30 minit pertama je Lope OK dan fokus, lepas tu mulalah start nangis, nak tidurlah, nak susu dan macam-macam lagi.
Comments
p/s: Kak put..kak put duduk P14 yer?Satu tempatlah kita.hihihi..
as long as 30 minit pertama tu dia nak buat apa yang disuruh... seronok bila baca perkembangan idris... ^_^