Jika bawa saja Puteri Jr. ke mana-mana taman, ini adalah ekspresi wajahnya apabila saya lepas dan biarkan sahaja dia menerokai alamnya sendiri.

Wajah ini sahaja sudah cukup menceritakan bahwa dia sangat happy bila dibawa ke taman. Lumrah seorang kanak-kanak, kan? Kali ini juga, tiada lagi sesi berebut turn nak main dengan orang lain, tetapi seorang kanak-kanak perempuan yang sungguh bertamadun yang berbaris menunggu giliran dan cuba bersosial serta berinteraksi dengan kawan-kawan sebayanya. Antara perkara yang saya perhatikan Puteri Jr. semakin improved adalah:
Skill naik tangga. Kalau sebelum ini, dia agak gayat apabila menaiki tangga. Tapi kali ini, dengan penuh steady dia melangkah dengan yakin seorang diri. Sudah saya pesan pasa Bibik agar membiarkan dia bermain sendiri, biar dia bersosial.

Ini pula masih kerana gayat, Puteri Jr. gayat bila berdiri di atas jaringan begini. Lihat masih berpegang. Muka pun dah tak boleh nak senyum-senyum dah.

Sebab dia pernah jatuh disebabkan ketinggian dulu, sekarang dia cukup
berhati-hati bila dia rasa macam jauh untuk melangkah. Sedaya upaya berhati-hati. Kalau tak pernah sakit, bila nak pandai, kan?
Dan ini, scene yang paling saya suka lihat. Yakin dan seronok!


Bila kepenatan bermain, dia berlari ke arah stroller abangnya dan terbongkok-bongkok disitu.
"Phia nak apa?" tanya saya. Segera dia menunjukkan beg susu dan berkata
"Mama, nak.." sambil menunjukkan beg susu. Oh! Rupanya dia dahaga. Comel je nak susu :P

Selepas minum susu, kembali aktif. Lihat saja pada gambar-gambar ini buat saya rasa macam ada anak dah besar. Terlupa satu fakta bahawa Puteri Jr. belum pun mencecah usia 2 tahun lagi. Lihat ni, gambar anak dara saya..

Macam umur dah nak cecah 4 tahun!

Macam dialah kakaknya ;)


So anak dara, kan? ^^
Dan, ini bila diajak pulang berkali-kali tapi tak nak balik, ini adalah cara terakhir dan dia surrender mengaku kalah :P

** angkut bawa balik! **
p/s: Mama Jiey, entry ni sengaja takde gambar budak-budak handsome sebab takut tenggelam pula si Phia. :P
Comments
Phia nampak matured la Kak Sue!
rasa nak geget pipi dia...
Lama betul tak jumpe phia ngan idris..huhu..bila nak dating2 ni mama put..
hai salam ziarah..i folloooo :)
comel!
macam anak dara ok..
dan muka mmg fotostat muka encik bubu
:D