Berdiri Tegak
Pagi sabtu lepas, saya terjaga jam 4 pagi tatkala mendengar suara Megat Jr. menangis. Rupanya, minta susu dan tidak selesa sebab pampers basah, minta diganti. Saya bangun dan ke dapur. Menukar lampin dan menyuapnya susu. Tak sampai 10 minit, mulut si anak sudah menyebut nama saya berulang kali "ma-ma-ma-ma" sambil tersenyum-senyum. Saya menganggapnya itu adalah cubaan Megat Jr. mengucapkan terima kasih. Ok, saya tersenyum dan wajah mulusnya saya cium berulang kali. Geram dan melimpah ruah rasa sayang padanya.
Pada mulanya saya menemani sahaja Megat Jr. bermain sendirian, namun selepas 1 jam masih belum menampakkan ciri-ciri mahu tidur, saya pula yang terasa lapar kerana malamnya saya tertidur awal, seawal pagi sudah berkeroncong perut ini. Jadi saya ke dapur dan meninggalkan Megat Jr. seorang diri. Sebentar-sebentar saya jenguk dia dari dapur sambil mengusik dan memanggil namanya. Ada masanya dia tergelak mendengar usikan saya.
Gambar ini saya ambil pada jam 6.04 pagi, tatkala azan subuh baru sahaja selesai berkumandang. Lama dia berada didalam posisi ini kerana asyik sangat mendengar azan.
5 minit kemudian, saya menyambung semula apa yang perlu dan memanggil namanya. Dia tergelak sesekali dan ada masanya dia membebel memanggil nama abahnya dan sesekali nama mamanya dan sesekali bahasanya yang tersendiri namun dia tidak pernah diam. Hinggalah ke lima minit seterusnya, apabila saya memanggilnya dari dapur dan dia diam, tiada respon saya keluar menjengah memeriksanya. Gambar seterusnya adalah gambar yang saya capture seterusnya.
.


.
.
.
.
.
.
.

Comments
gogo chaiyuk lope!