Hari ke-6 dan Awwab Hakimi masih belum ditemui :(
"Cik on the way ke Alor Setar dengan Ayah Sue dan Ayah Cik"
Apabila saya menerima SMS itu sahaja, saya terus menghubungi Cik. Hampa kerana Awwab Hakimi masih belum ditemui. Hampa kerana setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pihak Polis, Marin, Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam, namun keputusannya masih sama. Ya Allah, sungguh besar dugaan ini untuk mereka tempuhi.
Saya dapatkan gambar-gambar ini dari Facebook Ayah Long Awwab Hakimi. Lihatlah wajah comel si kecil ini sangat meruntun jiwa saya. Orangnya kacak dan petah berbicara menambahkan lagi kecomelannya. Saya masih ingat, Awwab Hakimi petah bertutur dalam slang utara.
Saya dapatkan gambar-gambar ini dari Facebook Ayah Long Awwab Hakimi. Lihatlah wajah comel si kecil ini sangat meruntun jiwa saya. Orangnya kacak dan petah berbicara menambahkan lagi kecomelannya. Saya masih ingat, Awwab Hakimi petah bertutur dalam slang utara.
Saya difahamkan usaha dilipat ganda di hari ke-6 pencarian. Seluruh adik beradik Cik dari Ayah Cik hinggalah ke Ayah Sue kecuali Cik Mah sudah berada disana. Usaha melalui udara juga digunakan hari ini. Saya rasa hanya Allah yang dapat membalas jasa-jasa baik mereka sekalian. Siang dan malam berusaha membantu mencari Awwab Hakimi.


Kepada sesiapa yang membaca entri ini, saya minta jasa baik kalian semua untuk mendoakan agar anakanda Awwab Hakimi ditemui dalam masa yang terdekat ini. Hanya doa sahaja yang mampu menolongnya buat masa ini. Semoga Dia mendengar permintaan kita semua.
Comments
baru hari ni dpt jejak ke blog puteri..
Terima kasih di atas doa. Semoga dipermudahkan.
Terima kasih kerana singgah. Hari ni baru dapat blogging via desktop, 2-3 hari ni via berry je sebab Put di Alor Setar.
Saya pernah mengalami situasi yg sama beberapa tahun lepas. Harap puteri sekeluarga tabah menghadapi. Jasad aruah adik saya ditemui slps 3 hari apabila tersangkut di tebing sungai. Harap2 adik awwab juga dapat ditemui.. Penantian itu mmg menyeksakan.. Sabarlah ye..
Nisa
apa cerita yang terlatest?