Terima kasih kakak

Suhu badan sendiri yang panas mencecah 39 c membuatkan saya tidak betah untuk lama-lama berada di pejabat pada hari Jumaat. Nasib saya baik kerana boss kasi green light untuk balik. Sampai sahaja dirumah, saya tengok Puteri Jr. seperti kembali biasa keadaannya, namun si Megat Jr. masih panas. Saya berbaring di sebelah mereka dan terlelap hingga jam 5 petang. Bangkit dari tidur, rasa panas tidak surut-surut. Terus saya gapai telefon dan menghubungi Yong.

Nasib saya sangat baik kerana saya punya kakak yang tinggal berdekatan. Dialah yang bersusah payah membelikan barangan dapur di rumah saya dan tidak sampai disitu sahaja membawa kami anak beranak ke klinik. Segalanya diuruskan oleh Yong. Saya cuma melangkah ke bilik doktor dan kemudian kembali ke kereta. Saya memang tak langsung punya daya, ingin mendukung Puteri Jr. juga saya tidak mampu. Malah, melangkah berjalan juga terasa di awan-awangan.


Selepas kembali dari klinik, saya 'hanyut' lagi selepas makan ubat. Kasihan kedua-dua anak saya. Sepenuhnya berada didalam jagaan bibik. Ada beberapa kali saya terjaga ditengah malam, saya sekadar menggosok-gosok belakang mereka. Mulalah terfikir, bagaimana nasib mereka jika saya sering sakit-sakit begini. Ok, barulah timbul kesedaran dalam diri bahawa saya perlu menjaga diri saya demi mereka.


p/s: masih dalam mood gembira kerana Red Warriors menang ^^

Comments

NorHidayah said…
Sekarang memang musim.

Dayah doakan semua cepat sembuh ya.

Love
Dayah
nasaoji said…
hurrrm...betul kak, jaga diri sendiri tuk jaga mereka2 yg kt sayang... ;)
Semoga cepat sembuh =)
Semoga put cepat sembuh...
Semoga put cepat sembuh...

Popular Posts