Mr. Kabab & Biryani

Aktiviti dua minggu lepas apabila kami baru sahaja pulang dari bercuti Aidilfitri. Kami ibarat kemaruk mahu makan. Inilah hasilnya bila masing-masing dah buruk laku nak makan :)Kalau korang teringin nak makan makanan Pakistan, yang berdekatan dengan Parcel E ni, saya sarankan di Presint Diplomatik.

Mr. Kabab dan Biryani, Precint Diplomatik, Putrajaya
*abaikan ejaan Welcome tanpa E itu*

Tarikan utamanya adalah Naan Garlic dan butter di makan dengan Ayam Tandoori ni. Ayam Tandoori ni tak la mahal sangat.

Ayam Tandoori - RM7+ (Rasanyalah..)

Naan Garlic - RM3+

Kalau ditanya pilihan saya, mestilah makanan yang berasaskan Lamb ;)

Lamb Curry with Bendi - RM7

Chicken Mandy - RM12

Ini model-model kami yang berpuas hati makan kat sini. Si bertudung merah ni ahli baru pasukan kami. Bawa dia makan ke mana-mana, OK lah dia suka cuba tapi makannya sikit sangat.

Dan model kedua kami yang kurus specky ni plak, namanya si Jujue. Makannya ya ampun, sama banyak dengan saya. *anything yang sama banyak dengan saya is BANYAK tau* dan dia lagi cepat lapar dan cepat mengantuk dan part yang paling jealousnya dia tak GEMOK!

Silalah mencuba. Service pun boleh tahan cepatnya dan restaurant ni fully aircond.

Comments

jUliANa^sAlLeh said…
model kuwus tue mcm penah nampak eks??kiut plaks tue..haish..cm xlehla nak erase muke die lam ingatan..hihihi :P
nifalnin... said…
blh la ajak en.fizu pi mkn kat sini.. agak2 klu bw naufal ngan hayyan, aman x kitorg mkn kat dlm tu... wakakakakk....
Unknown said…
sedap nya... tp kakyong tak suka sgt kambung.. tp ayam tandori dan butter tu sgt mengujakan...

Popular Posts