Deskripsi tugas ibu - Memasak.
Kalau nak tulis satu persatu, tak habis rasanya. Menguruskan rumahtangga adalah satu patah perkataan yang merangkumi banyak perkara. Menjaga suami, anak-anak, rumah, makan dan pakai mereka adalah perkara yang besar perlu diuruskan. Dalam banyak perkara itu, saya lebih cenderung untuk memilih tugas seorang ibu yang perlu memasak.
Sejak saya berstatus anak dara lagi, Cik gemar menjadikan saya seorang Bibik dirumahnya sendiri (sila baca dalam nada sinikal agar ianya tidak disalah ertikan). Waktu itu, jiwa remaja saya sungguh memberontak apabila disuruh mencuci pinggan mangkuk, menjadi kitchen assistant untuknya. OK, mungkinlah ada harinya saya buat dengan rela hati. Sambil membantu Cik di dapur, adakalanya telinga saya dihidangkan dengan ceramah-ceramah khas dari Cik sendiri. Waktu itu, saya rasakan Cik tidak menyayangi saya kerana memaksa saya membantunya didapur (kesian Cik sebab ada anak yang pemalas) ;)
Tamat pengajian, saya menanam anggur selama 3 bulan di rumah. Waktu itu, saya dengan jayanya memegang status Bibik terhormat di rumah Cik. Tugas saya tidak sahaja didapur, malah kawasan jajahan diluaskan. Segenap ruang rumah Cikgu Megat itu perlu saya uruskan. Bermulanya dari depan lagi, segenap halaman perlu dibersihkan, pokok-pokok bunga kegemaran Cik perlu disirami sehinggalah mencuci 4 buah tandas dirumah itu juga termasuk dalam senarai tugas kerja saya.Upahnya?
Tiada melainkan pengalaman.
Rupanya, pengalaman 3 bulan itulah pengalaman yang paling berharga untuk saya. Bekal yang paling penting dan saya tidak mampu mencarinya dari mana-mana halaman google sekalipun. Saya masih ingat, pertama kali saya memasak adalah sewaktu saya berusia 11 tahun. Memasak dalam erti kata sebenar. Masakan pertama saya adalah Nasi Goreng. Rasanya sungguh tidak mampu ditelan oleh tekak. Pedas dan masin sangat. Itulah komen dari saya sendiri. Bila hidangan itu dihidangkan untuk arwah Aboh tiada langsung kata yang menjatuhkan semangat saya untuk belajar memasak lagi. Begitu juga dengan Cik. Namun saya tahu hasil masakan saya teruk bila mereka berdua hanya menjamahnya sedikit sahaja. Practice make perfect, kan? Kebanyakkan masanya, saya cuma menjadi kitchen assistant untuk Cik. Sungguh tidak glamour kerana saya sekadar mengupas bawang, mencuci ayam, memotong sayur dan tukang mengacau masakan di atas dapur sahaja. Kerja yang tidak glamour inilah yang banyak membantu saya rupanya hari ini kerana banyak pengalaman dan ilmu memasak Cik saya pelajari.
Oleh itu, pesanan kepada golongan ibu yang seusia saya, bila anak dara dah mampu nak buat kerja rumah tu, ajarlah dia. Ajak dia ke dapur, ajar dia memasak kerana peluang ini tidak datang selalu dalam hidup dia. Satu hari nanti dia akan berterima kasih kepada ibunya kerana memberikan dia satu pengalaman yang berguna untuk dia gunakan dimasa akan datang. Walau setinggi mana pelajarannya, tugas seorang wanita tidak akan lari dari ke dapur sama ada dia tidak menjadi isteri dan ibu sekalipun. Pesan untuk sang anak, gunakanlah peluang ini sebaiknya. Peluang tidak selalunya datang.
p/s: abislah anak dara saya nanti :)
Comments
hehehe.
skg susahnya nak belajar masak...
kalau la dulu ambik peluang ni betul2..
konfom skg dah mahir macam kak put..
sedap nasik ayam tu..yumm..yum..yum..
Saya suka baca cerita akan kelainan yang anak-anak kita ada sebab saya tahu dengan kelainan merekalah menjadikan saya kuat dan bukannya kerana nak tarik pembaca sekaligus nak up traffic.
Satu lagi, sila tengok header blog ni. Barisan atas dia tulis "my little secret" then second row dia tulis "a life journey about being a mother" --> a mother dan saya ada anak istimewa. so, itulah objektif saya menulis.
:P