Bila saya ada anak perempuan...
dan menambahkan lagi bimbang hati saya bila melihat tangannya begini...
Bimbang saya tidak lama selepas itu kerana apabila dia berulang kali mengucap "nanak-nanak" itu ertinya, seseorang telah berbuat salah. Lantas, saya masuk ke bilik dan selepas itu seisi rumah mendengar suara saya terpekik kerana terkejut.
Tahu apa yang saya temui didalam bilik saya? Ini...
Lipstick saya!! OMG. Saya tak tahu apa nak kata, saya tak tahu macam mana dia boleh ambil lipstick yang berada didalam beg itu, yang pastinya saya rasa ini adalah keadaan biasa bagi orang yang punya anak perempuan. OK, itu tandanya Puteri Jr. ni suka melaram kah? Muahahahha.
"Saya mengaku bersalah di atas tuduhan mematahkan lipstick Mama. Mama, sila maafkan saya. Tak tahan tengok lipstick tu, macam cokelat je. Slurrppp" - Puteri Jr.
Apa nak dikata lagi. Nak marah budak berumur 20 bulan bukanlah perkara yang cerdik untuk saya lakukan. Paling terer pun, saya menerangkan apa itu lipstick dan bagaimana kegunaannya. Tapi, saya yakin, kalau si Mama tak berhati-hati, lipstick lain pula akan menerima nasib yang sama selepas ini.
Phia oh Phia ^^ Apalah lagi selepas ini? ;)
Comments
la ni, tak larat nak berlipstik2 lagi dah..main lipIce je. kalau hancur pun, takdela histeria dibuatnya..hahaha.
kalau tak letak di hndbag ntah kat mana lagi nak sorok, ye tak?
#p/s: Min2 dulu juga suka main make up mak tp main jelah tak penah patahkan atau pecahkan..mak min2 garang...
memang peel budak pmpuan kot..saya kecik2 pun, gitu gak, tapi lagi malang, sb bulan terkena kat mak saya, mak saya tak pakai lipstik, terkena kat jiran baik saya...sebab skali ngn anak2 dia, kami main lipstik...pak saya pun, siap tangkap gambor kami yg berporen dek lipstik itu..hehehe...
sib baik anak acik x wat cam ni kat lipstik acik.. kalau x.. acik kejar dia keliling umah tau.. :p
anak lelaki akak dulu masa baya phia pun buat keja ni juga.. siap tonyoh sampai ke bibir dia, pastu tangan comot, lap lantai, dinding.. uhuhu..
skng mama depa tau dah. beg dok atas lemari, so si adik skrng tak leh capai dah..