Realiti itu ...
Encik Bubu baru sahaja menghubungi saya. Separuh dari nyawa saya seperti melayang mendengar apa yang dituturkan. Laporan penilaian ke atas Megat Jr. baru sahaja dikeluarkan oleh NASOM. Terasa seperti ada batu besar di atas kepala. Terasa seperti tidak bergunanya menjadi mama kepada Megat Jr. kerana membiarkan dia menjadi begitu. Melihat tanpa dapat membantunya. Melihat dan membiarkan masa menjadi musuh utamanya.
"Keadaan Idris teruk..."
Saya tak tahu bagaimana saya harus respon kepada Encik Bubu tatkala itu. Saya tahu, saya tidak perlu menangis tetapi ada satu perasaan halus didalam hati yang terasa pedih. Seperti menghiris hati saya. Kekuatan dan kelemahan saya ada pada Megat Jr. Saya berjanji tidak akan menangis lagi tapi saya gagal untuk menghilangkan kepedihan didalam hati ini. Lemah sungguh saya.
*
*
*
Sorry Lope. Mama rasa sangat useless :(
*
*
*
*
*
Sorry Lope. Mama rasa sangat useless :(
*
*
*
Comments
tengok je ian. macam-macam doktor bitau jiey tentang ian masa lahir. Tapi yang jadinya lain dari yang lain kan?
mesti kuat ye put? demi anak-anak
keluar dari fasa sedih, buat apa yang patut. yang dah lepas tak guna ditangisi. pandang ke depan, fikir yang positif dan jangan lupa berdoa.
autistic children can make wonders (if they are given the right training & intervention).
lipatgandakan usaha dari sekarang. setiap yang berlaku ada hikmahnya.
dont worry too much..take care.
niza dan keluarga doakan yg terbaik buat idris n kalian juga... teruskan berusaha dan bertawakal pd ALLAH.. take care put...
akak bersabar dan teruskan menjadi mama idris yang tabah ya..
dayah hanya mampu mendoakan untuk idris dan kak sue sekeluarga..
love :)