Yahya, anak kecil yang terbiar

Tadi saya singgah di page Bersamamu. Saya sangat teruja untuk melihat dengan mata kepala sendiri mengenai misi Bersamamu ke Palestin. Tolak ke tepi, siapakah duta kemanusiaan itu, yang penting jihadnya yang ingin kita sampaikan. Apabila saya membelek satu persatu gambar disitu, tiba-tiba mata saya tertangkap pada gambar si kecil ini.

Caption yang tertulis disitu 'Yahya, anak terbiar yang tak mandi'

Saya tidak tahu siapa Yahya, ke mana ibu dan bapanya pergi atau di mana kakak dan abangnya berada. Gambar ini memberi satu persamaan kepada saya, gambar seorang anak yang meruntun naluri keibuan saya. Namun, saya lihat wajah ini didalam wajah Yahya.

*
*
*

Samakan?

*
*
*

Sigh! Emo sungguh!

Berat mata saya memandang. Okey, mungkin Megat Jr. lebih handsome *perasan* kerana dia punya ibu yang akan menjaga dan melindunginya hatta dari panas sekalipun tidak diizin menjengah ke badan anak ini. Lihat saja pandangan mata Yahya itu. Mata yang bersinar dengan penuh harapan. Saya tidak tahu bagaimana rasanya jika anak saya ditempatnya. Sendirian, tidak terurus. Tidak tahu dimana makan dan minumnya, mungkin juga tiada tempat berlindung. Lihat gambar seterusnya ini.

Untuk cerita selanjutnya, mengenai Misi Bersamamu ke Palestin, melihat sendiri penderitaan dan trauma anak-anak ini, jangan lupa malam ini, jam 9.30 malam di TV3.

Comments

Misya Idris said…
owh memang seiras la!!
abs said…
sedih n turut tersentuh.. walaupun seiras tapi berada di tempat dan suasana berbeza.. semoga Yahya sihat selalu dan dilindungi Allah S.W.T..insyaAllah..

mungkin tak berkesempatan menonton bersamamu malam ini.. =(
Norazo said…
put bila u letak side by side memang nampak cam kembar idris.. sedihh
aSmiDar said…
owhhh...tersentuhnya..
lagi2 bila dorang dapat makan minum..
kecian sgt tgk
Min MH said…
xleh tgkla gambo2 budak2 kat Palestin...Sayu ati jadinya...
bunga_rose said…
eh, mcm sama la..

mlm ni ek kak..nak tgk laaa. thnx 4 de info
produk ococ said…
ho ho..faizal tahir mlm ni tu..kan..hehe
eMMe said…
aa'ah, ade iras Mgt Jr n Yahya...sape la agaknya yg bela Yahya tu, takkan dibiarkan je kan..budak sekecil tu dah kene berdikari...nasib malang si anak kecil, kalo la me mampu, bleh je bela Yahaya tu..comey...
Unknown said…
Sama la put...
Rasa mcm nk bwk sini je jaga dia.. Huhuhu
ieda said…
tiap2 kali tgk cerita anak2 mangsa politik ni rasa macam nak ambil pelihara jer..

Popular Posts