3 tahun dan masih belum berbicara
"Anak saya sudah mencecah 3 tahun 4 bulan. Mempunyai ketinggian 96cm dan berat 12.5 kg. Orangnya berkulit cerah. Bermata bulat, berambut hitam lebat dan berwajah bujur sireh"
Sempurna bukan gambaran yang saya karangkan ini? ;)
Dilihat pula pada wajah ini, mungkin tak siapa menyangka anak berumur 3 tahun ini masih belum mampu berdiri sendiri, jauh lagi berjalan dan berlari. Mungkin juga masih ramai yang tidak tahu, dia masih belum mampu berbicara selayak anak seumur dengannya. Malah, ramai yang mungkin tidak menyangka anak kecil ini pemegang Kad Pengenalan OKU berwarna kuning.
Walau apapun dia, anak kecil ini anak kebanggaan seorang ibu. Seorang ibu yang hingga ke detik ini tidak pernah rasa ianya sebagai seorang beban malah sebagai satu rahmat yang tidak dapat ditukar ganti. Walau anak ini dilahirkan dalam penuh keistimewaan berbeza dengan anak-anak lain, dialah pendamai jiwa sang ibu. Saya tidak tahu, dimana hati perut seorang wanita yang melahirkan anak dan membuang, meninggalkan anak-anaknya di merata-rata. Seorang ibu yang membunuh anaknya sendiri. Seorang ibu yang darjatnya lebih rendah dari binatang.
Hari ini, saya ingin berkongsi akan keupayaan berbicara sang anak. Minggu lalu, setelah beberapa kali temujanjinya dengan Terapis Pertuturan ditunda, akhirnya saya berjaya melunaskan tanggungjawab kesekian kalinya ini. Megat Jr. tertidur sebaik sahaja kami mendaftar diri di Kaunter Pendaftaran. Dalam hati sudah berbolak balik, saya dapat rasakan yang dia akan tertidur sepanjang sesi ini. Sayangnya. Bukan selalu mendapat peluang, bila mendapat peluang, disia-siakan pula. Saya ke hospital bersama Bibik dan Puteri Jr. Maklum akan keadaan parking di Hospital Putrajaya sangatlah susah, maka saya terpaksa membawa Bibik. Saya tidak mahu menolak Megat & Puteri Jr. didalam terik panas jam 2 petang ataupun apabila pulangnya nanti didalam lebat hujan.
Seperti dijangka, Megat Jr. tidur sepanjang sesi. Tidurnya tersengguk-sengguk diiringi bunyi dengkuran mengiringi. Nyenyak sungguh anak saya ini beradu. Puan Haniza membiarkan cuma, dan saya gunakan peluang ini sepenuhnya bertanya dan meminta pendapat dan nasihat dari yang lebih arif. Saya gemar bertanya, kerana banyak yang saya tidak tahu mengenai Megat Jr. dan saya seronok bertanya kerana Puan Haniza sungguh peramah dan tidak bosan melayan soalan-soalan yang saya utarakan, juga dia melayan Puteri Jr. yang bertukar menjadi patient pula lagaknya.
Kali ini, Puan Haniza mencadangkan agar saya membuat sesuatu agar Megat Jr. tahu bagaimana untuk berkomunikasi. Berkomunikasi tidak semestinya melalui suara semata. Perlakuan juga diambil kira sekiranya maksudnya dapat diterima. Dia seterusnya menunjukkan contoh alat bantuan untuk dia belajar nanti. Saya melihatnya. Menarik. Cantik.



- senyum apabila mendengar suara ahli keluarganya terutamanya saya ;
- mengeluarkan bunyi-bunyian berlainan untuk maksud yang berlainan ;
- mengeluarkan bunyi 'mmmm' dan 'aaa' ;
- sudah pandai 'membebel' dalam nadanya tersendiri seperti - shema, shebah, mmmmaa, abbah, obiya, phia, etc ;
- faham perkataan 'jangan' / 'no' namun adakalanya tidak mahu mengikut kata;
- meniru bunyi mudah seperti bubbling / gelak
Banyak perancangan yang perlu saya usahakan untuk dia. Insya Allah, saya mohon agar saya diberi kekuatan hati yang cekal dan sifat tidak putus asa. Bila kelapangan lagi, akan saya kongsikan alat bantuan untuk Megat Jr. hasil tangan ibunya. Berkongsi dengan harapan dapat memberi idea kepada golongan yang memerlukannya kerana tiada panduan dalam penjagaan anak-anak istimewa melainkan pengalaman yang lebih berharga.
Comments
Abil dulu pun macam tu, umur 4 tahun baru dapat dengar perkataan pertamanya. before that just babbling macam baby. dari umur 5 tahun hingga sekarang, baru bercakap 1-3 patah je.
ada yang mula bercakap hanya pada umur 7 tahun. ada yang lebih lewat. ada juga yang remain NON verbal.apapun, teruskan usaha. tambah knowledge, stimulate dia berterusan, jgn give up dan banyakkan doa.
akak sendiri pun masih giat berusaha ni. Gud luck to u & megat jr.
Semoga Megat jr Dapt bljar dgn baik kali ni..:)
i am, myself, lambat bercakap. even when i turn to 4 years old, i stil cant talk. i cant even spell well when im 7 years old.
i juz know the a,b,c but i cant pronouns it.
usually this kind matters, they love video. why not try to ask them to watch video? skg ni byk video pendidikan. ari2 dia tgk, lama2 dia akan faham or else try to talk, try to copy what he see, hear, watch. try it. yes, sy seorang yg lembab. but i score 4 straight A's in my UPSR. unbelievable? believe it...
tgk sj muke die, terase sejuk..hilang stress,
terima kasih megat jr!!
i knw he is strong :)
Aunty doakan idris boleh jadi macam phia. Insyaallah..