Muzik, itu mengalir dalam darah mereka.
Hujung minggu yang sempurna. Bermalasan dirumah. Bertiduran sepanjang hari bersama Megat dan Puteri Jr. dan pada sebelah malamnya menghadiri resepsi perkahwinan sepupu Encik Bubu di PJ. Penuh warna warni, penuh dengan kebudayaan Bollywood dan sangat sempoi. Satu majlis yang akan terpahat di lubuk hati, sempurna. Tambahan, Encik Bubu yang teruja dengan penampilan istimewanya bersama The Cousins. Love Story by Taylor Swift sangat indah untuk didengar dimajlis resepsi perkahwinan begini.
Memandangkan sahaja kepada gambar ini, saya memasang angan didalam hati. Saya akui, Encik Bubu mempunyai kemahiran yang luar biasa baiknya. Dendangkan sahaja sebarang lagu padanya, pasti dia mampu mengalunkan melodinya. Iringan violin dari Lisz juga membuai rasa dan iringan gitar dari Qisti juga tak kurang indahnya, saya rasa jika diberi peluang Qisti menyanyi, malam itu mungkin lagi indah jadinya.

Saya mengenali 2 orang musician yang hebat ini. Genervie dan Arthur Kam. Mereka berbakat. Encik Bubu sendiri mengakui, dalam usia yang muda, dia cukup kagum dengan Arthur. Tambahan pula, sewaktu di Bentley baru-baru ini, Arthur turut menjadi speaker. Dia melihat kebolehan dan profesionalisasi yang dimiliki oleh Arthur. Saya bayangkan Megat Jr. menjadi seorang drummer. Uh, sure mamanya sahaja yang melting lebih-lebih.
Membayangkan Puteri Jr. sebegini kelak juga adalah sesuatu yang sangat menghiburkan. Saya yakin, mereka mampu, jika dilentur dari awal. Lihat sahaja pada Encik Bubu sendiri, dilentur seawal usia 3 tahun.

(taken from her FB)
Harapnya, suatu hari nanti, saya melihat anak-anak saya pula di stage bersama instrument mereka. Menjelmakah saat itu?
Comments
Takkan jemuuuu....
yep. so, nak join tak gig 1st august ni kat bentley, damansara? fee RM40. last concert with arthur b4 dia fly.
Itu hari chat ngan dia, dia ada cakap dia sebok dengan FT punya show, kira kontrak ngan FT punya show la kan.
Masa keja kat ICOM dulu mmg seronok bergaul dengan bebudak muzik ni, sempoi je, akak tak kesah kawan ngan bebudak masa tu, walaupun dah anak satu..ehehehe
satu lagi Noryn Aziz-batch-batch Genervie juga..
ramai lagi, bebudak extrange..Vince, eheheh semua-semua tu selalu kena marah ngan akak sebab suka masuk library dan bising...