Bagaimana rasa gerun dan sakit itu padanya?
Lihat sahaja pada gambar ini...
Sanggupkah anda mencucuk mata sebegini? Rasanya tiada yang sanggup jika diberi pilihan. Namun, Megat Jr. melakukannya setiap hari dirumah. Saya sendiri tidak tahu bagaimana ingin menghentikan tabiat ini. Sejak dari dahulu lagi, saya sering pesan padanya 'mata Lope takde spare part' dan apabila saya memandangnya sahaja dia akan segera menghentikan. Kadang-kadang, bila saya sebut 'mata!' sahaja dia sudah mengerti dan terus menarik jarinya dari mencungkil.
Mencungkil mata sebegini bukanlah baru bagi Megat Jr. Sedari berumur 11 bulan lagi dia sudah mencungkil matanya. Saya sendiri tidak tahu, apa yang dirasainya tatkala mencucuk biji mata sebegini. Bagi saya, saya gerun melihat perlakuan seumpama ini. Terasa ngilu dihujung mata, nauzubillah.
Kata doktor, usah dibimbangi kerana ianya merupakan salah satu ujian sensori yang dijalankan sendiri olehnya. Anak autisma seperti Megat Jr. mengalami masalah untuk merasai kesakitan. Dia memperlakukan dirinya sebegitu kerana ingin 'merasa' sakit itu, apabila merasainya dia akan berhenti dengan sendiri dan melakukannya lagi. Berulang kali, malah beratus kali juga mungkin.
Sewaktu usianya mencecah 18 bulan dahulu, dia sering mencucuk pipinya. Kala itu, mungkin dengan mencucuk pipi ianya dapat mengurangkan kesakitannya kerana pertambahan gigi. Lama-lama kelamaan, ianya menjadi satu habit. Pantang ada peluang sahaja, dia mencucuk pipinya. Satu faktor yang mungkin saya boleh banggakan, dia tahu bagaimana untuk menggunakan jari jemarinya. Sekurang-kurangnya dengan mencucuk pipi dan mata.
Kadang kala ada juga masanya Megat Jr. menutup telinganya. Selalunya dia akan membuat perlakuan ini jika tidak selesa/tidak gemar dengan bunyi/suara disekelilingnya tatkala itu. Kemungkinan juga, dia tidak selesa dengan suasana itu sendiri.
Segalanya mungkin. Pemerhatian dan keprihatinan saya adalah penting dalam mengenal pasti perlakuan Megat Jr. Kadang kala, mungkin juga penilaian saya silap. Bukan itu sahaja, Megat Jr. juga menggigit jarinya sedari dulu.


Gambar-gambar ini diambil semasa Megat Jr. masih belum bergelar 'Lope'. Pada masa ini, gigitnya cuma sekejap-kejap sahaja. Tiada kesan langsung. Saya juga akur kata doktor, jika tidak mencederakan dirinya, maka tidak perlu gusar. Mungkin dia mencari maksudnya tersendiri, apa itu erti kesakitan apabila jari jemarinya digigit.
Dan ini, hasil gigitan Megat Jr. hari ini. Meruntun hati saya apabila melihat jari jemari comel ini digigit. Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menghentikannya. Saya tidak tahu apakah definasi rasa sakit dan gerun untuknya atau mungkinkah 'tiada' rasa itu dalam kamus dirinya? :(
Mengalu-alukan pandangan dari semua bagaimana untuk menghentikannya.










Mengalu-alukan pandangan dari semua bagaimana untuk menghentikannya.
Comments
ada juga version yang cepat rasa sakit. kena sikit pun sakit. yang tu lagi susah kan put?
Ayesha pulak, version jilat. semua dia nak jilat. jari,toys dan yang paling sadis, jilat kereta saya. kalau dah basuh takpe, ni baru balik dari pengkalan nelayan. hehe
one of the solution suggested is to always massage or rub the body parts involved, contoh jari, pipi dan juga sekeliling mata tu untuk avoid dia sendiri menggunakan cara2 yang TAK diingini(yang bahaya pada dia, tp untuk dia sebenarnya menenangkan dan memberi rangsangan yang dikehendaki).
u can use brushes, or wear gloves or kain yang agak berbulu/kasar. give it a try...and banyakkan doa. InsyaAllah, i wish megat the best. Amin.
apepun, didoakan moga megat jr. tak smpai cederakan diri sendiri.. ;)
agak2 phia gigit abg dia tak?
jiey ada gak tanya therapist ian pasal ni.. just to help my gorjes idris.. tp dia pun takdok jawapan..
she told me another story of an autistic child..
tinger smpi separuh koyak coz dia tarik..
betis pun ada part berlubang..
tangan2 abis dia gigit..
I feel sooooo sad for that child and of course, for the mother..
insyaAllah, next week jiey try tanya OT ian plok.. she's quite specialized in children's behavior.. hopefully she can give some advise for our beloved idris..
=(