Alanna Qish, si bidadari syurga yang menyentuh jiwaku...
Saya baru sahaja membaca entry terbaru Ayu Surat Dari Laura. Saya mencadangkan agar kalian yang masih belum membacanya agar berbuat sedemikian dahulu. Saya sendiri tidak mengenali siapa Laura, tetapi tiap bait yang ditulisnya sungguh menyentuh hati dan perasaan. Sungguh, tiap kata dan bait yang Ayu dan Syarul coretkan tidak pernah gagal menyentuh hati saya. Secara peribadi, saya berterima kasih kerana diberi peluang dan ruang mengenali pasangan ini, dan tidak ternilai kerana mengenali bidadari syurga ini.

Pens are mightier than swords. True indeed.

Memang pemergian Alanna Qish satu tamparan yang hebat buat kalian berdua, namun Allah lebih menyayanginya. Kini, adik sudah berada ditempat yang lebih baik dari sebelumnya, dibawah jagaan Maha Pencipta, menanti kalian tiba padanya suatu masa nanti. Sebagai seorang sahabat, saya tahu bukan mudah menerima sebuah kehilangan. Namun, kehilangan ini yang menguatkan kita untuk terus menghadapi hari mendatang. Pemergian Alanna Qish juga memberi inspirasi untuk Mama Put untuk terus menyayangi Megat Jr. seadanya dia, kerana jika suatu masa nanti dia dijemput pergi, saya tidak mahu saya kekesalan kerana tidak mencuba sepenuh mampunya saya.

Comments
owh..put..........:)
Alanna Qish si bidadari syurga...
al-fatihah