World Autism Awareness Day
Dua tiga hari lepas, saya mendapat jemputan untuk menyertai World Autism Awareness Day pada 2 April 2010. Hairannya, bila saya menjenguk ke website NASOM tiada sebarang cerita tertera mengenai hari kesedaran ini sedangkan katanya seantero dunia. Hmm, terkilan juga kalau Malaysia tak menyertainyakan.
Mungkin ramai yang tertanya apa maknanya ‘autistik’ ni, kan? Ini saya dapat dari Encik Google yer, yang diterjemahkan dalam bahasa yang lebih mudah dan senang difahami.
“Secara umunya, autisme dilihat sebagai satu kecacatan perkembangan dengan mempunyai ciri-ciri abnormal dalam beberapa aspek seperti aspek kemahiran berkomunikasi, perhubungan sosial, fungsi kognitif, proses sensori dan juga tingkah lakunya. Kalau nak ditafsirkan ayat ini memanglah sukar terutamanya bagi yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi. Cuma bolehlah saya simpulkan bahawa kanak-kanak autistik ni merupakan kanak-kanak istimewa dari segi pemikirannya. Berdasarkan kajian kes tersebut, terdapat 4 perspektif yang boleh menyebabkan penyakit autisme ini menular iaitu :-
a) Perspektif psikologi
b) Perspektif biologi
c) Perspektif persekitaran
d) Perspektif tingkah laku
Nak tahu lanjut lagi, sila tanya Encik Google yer :) Kalau senang lagi nak tahu, macam mana kanak-kanak autistik ni, Idrislah jawabnya.
Semalam juga saya berpesan kepada teman-teman di pejabat ni, sila berbaju biru dan hari ini, inilah mereka. Terasa berbesar hati juga kerana mereka sama-sama menyokong kempen ini. Terima kasih yer korang! Ini antara gambar-gambar terjah sewaktu diorang in action, bawa kamera, pusing office :P
Fahami kanak-kanak autistik, mereka juga manusia biasa seperti anda!
Comments
love u dear!!shomel la awk malu2..chantek sgt ke jujue smpi lope malu2.hihihi :P
xXhugsnkissesXx
hehehe