Super Sunday
Setelah jenuh berbalas mesej dalam FB, akhirnya 'geng-geng superkids' parents' mengambil kata sepakat untuk berkumpul di rumah Sarra kali ni. Kali ini, cuma 5 keluarga yang berkumpul, namun kemeriahan tetap dirasa. Keakraban yang terjalin sudah seperti adik beradik rasanya. Saya selesa dengan keluarga baru ini, dan mengharapkan keakraban ini berkekalan hingga ke akhir usia.
Tak susah mencari rumah Sarra *sebab dah awal-awal lagi dah tanya Encik Google Earth* dan memang saya familiar dengan kawasan Equine Park ini :) Ayam roast Abi Sarra sangatlah sedap dan Encik Bubu dah sempat usyar apakah rahsianya *lepas ni Encik Bubu lah pulak masak untuk kami* Acara makan-makan seperti biasa, meriah dan mewah dengan makanan. Lazimnya, kami bimbang tak cukup makanan :P dan masing-masing datang dengan membawa makanan sama walau telah dipesan oleh Farid dan Ita agar jangan membawa apa-apa :)

Selepas acara makan-makan, kaum-kaum ayahnya ingin sekali berbakti kepada anak-anak dengan membawa mereka berendam. Dah tahu apa hidden agenda mereka, nak layan anak-anak kat swimming pool tu hanyalah alasan :P
Ini kali kedua membawa Idris berenang. Kali pertamanya semasa di PD dahulu. Kali pertama membawa Idris mandi pantai, dia pada mulanya agak ketakutan dengan air, namun apabila dibiarkan seketika, Idris mula seronok.

Dah sebab asyik terpekik je panggil Abahnya, saya pun selaku manager panggillah Encik Bubu untuk 'exchange player' dan kali ini, turn Phia yang buat pertama kalinya turun main air. Pertama kali dalam sejarah hidupnya :)

Selepas dalam kolam, part ini untuk mama-mama la kan, part membersihkan mereka, masa ni la nak susu, masa ni la nak makan :) Time snap picture ni, kaum-kaum ayah masih di dalam kolam, entah apa mereka buat pun, tak tahulah. Hampir jam 10 barulah kami pulang.
Terima kasih tuan rumah :) Sedap kami makan, sedap kami mandi pool dan sedap kami tolong sepah-sepahkan rumah Sarra, dan Sarra sendiri, sangat behave sewaktu kami datang. Good girl :) Next time, jangan lupa ajak kami lagi ye ;)
Comments