Suprise!
Semalam, saya tidak ke pejabat. Alasannya, Idris dan Sophia sekarang sedang batuk, selsema dan berkahak. Keadaan makin bertambah buruk kerana Idris mempunyai asma. Semalaman saya menunggunya untuk tidur. Dia merengek tak henti-henti, nafasnya tercungap-cungap, naik dan turun. Saya tidak mahu mengambil risiko membiarkan mereka lelah sebegitu, oleh itu saya mohon cuti kecemasan dari boss. Berulang kali saya ke Klinik Mediveron berhampiran dengan rumah, mengambil nebulizer untuk mereka dan aktiviti pekik memekik dan tangis berpanjangan menghiasa suasana klinik.
Malamnya, saya berbuku muka dengan Fahiya. Dia teman saya di pejabat, PA kepada boss besar kami. Katanya sesuatu menantiku dimeje kerjaku. Hemahku, membayangkan kerja yang bergunung. Hari ini, sewaktu saya tiba ke pejabat, ini yang menghiasi mejaku!

Bukan itu sahaja, ini juga menjadi habuan saya dipagi hari ini.
Dari bake.me.cupcake yang sungguh sedap! Seperti biasa, saya dan partner in crime akan makan selahap mungkin :P
Terima kasih yer Cik Fahiya, rasanya kalau tetiap hari adalah hari lahirkan best. Tiap-tiap hari dapat hadiah. Huhuhu~*



*sambil-sambil kasi hint kat Encik Bubu yang jarang-jarang je nak baca blog ni*
Comments
anyway, ari ni sgt hepy sbb buat org lain hepy.. blanja org mkn adalah cara utk menyucikan hati.. tu kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah ^_*
cuppies ituw datangnya dari miss layaleya :) sila minta dengan dia :P
yabedabedu! kami memang pelahap :P
honestly, kamu nampak macam model iklan dalam pic tu, dan statement ini adalah ikhlas tanpa perlu dibayar rasuahnya.
^-*
hepi belated busday,
mmg dah lame tak terjah ur blog
hepi hepi owez
muah~