Kembali ke sini
Sudah lama saya tidak membawa Idris ke sesi terapi cara kerjanya. Termaktub didalam azam tahun 2010, saya berazam sebaik mungkin untuk membawanya ke rehab. Kali ini, lawatan Idris turut ditemani oleh si adiknya Sophia dan Bibik.
Apabila tiba di depan Rehab sahaja, Idris mula memberi signal tidak senang. Bererti dia tahu, disini dia akan 'didera' dan saya terus membawanya berjumpa Wan. Nyata mereka di bahagian OCCT, Wan dan Mahani agak terkejut dengan perkembangan Idris. Makin berisi dan makin 'berbunyi' kata mereka. Saya gembira dengan keprihatinan mereka pada Idris, dan seperti kebiasaanya Idris terus dibawa ke biliknya.

Selepas 5 minit, Wan datang. Sesi bersama Idris dan juraian air matanya bermulalah. Seperti biasa la kan. Wan yang dah biasa dengan Idris mula mencari nadanya. Idris masih menangis, saya agak dia kurang selesa bila Wan menyentuh tangan dan lengannya. Teknik urutan itu saya sudah beberapa ketika sudah praktikkan dirumah, meregang dan menarik otot-otot dan sendi-sendi Idris. Tujuannya untuk merangsang motor halus Idris. Juraian air mata itu rasanya 'lakonan' semata-mata (hahhahaha) sebab menjadi kepantangan Idris apabila tangannya disentuh oleh orang-orang yang tidak familiar dimatanya.









Selepas itu kami pulang dengan membawa pulang beberapa temujanji lagi, insya Allah tahun 2010 adalah tahun pembaharuan Idris. Insya Allah, sooner or later, anak saya akan merangkak, berjalan dan seterusnya berlari.
Ya Allah, permudahkan segala urusan Idris ini. Jika susah sekali pun cara dan jalannya, cekalkanlah hati saya dan mohon merayu padaMu agar jangan sesekali Kau lenturkan semangat yang ada didalam hati ini untuk berjuang bersama Idris.
Ya Allah, permudahkan segala urusan Idris ini. Jika susah sekali pun cara dan jalannya, cekalkanlah hati saya dan mohon merayu padaMu agar jangan sesekali Kau lenturkan semangat yang ada didalam hati ini untuk berjuang bersama Idris.
Comments
p/s : aduh, makin hensem idris pakai cap tuh! i'm melting! :)
dah phe, aunty nk gigit pipi phea!! heheheheh...
and sungguh sungguh geram dengan pipi sophia tu!! meh sini aunty nak geget!!
LAma2 nanti dia ok n biasa...
Min2 percaya kat Idris...
Si Phia bagus gak follow Idris g sebab leh pengaruh Idris tuk wat benda yg sama Phia wat..
Aksi meniru...
Hahaha
"urggghhh..banyak nye problem"
=p
idris..aunty sentiasa suka tengok senyum idris yg sweet tu..
jom la datang rumah, jiran je kita :P
[rosma]
insya allah.
[zety zin]
idris tgh fikir mcm mana nak auta suh mama turunkan dia. geget phia? hmmm, kalaulah dikasi btol, sure phia dah habis pipi kena geget.
phia kan icon lope? x)
[fabulous.farah]
wah! nama baru :P vasss gituw.
idris memang tgh fikir mcm mana suh mama kuarkan dia dari alah benda tu :P
phia, membesar bagai johan :P
idris cakap thank you aunty :)
[baby tiger]
muka tgh tahan nafas, kot2 bola tutup muka dia :)