Hadiah Untuk Mama
Sudah lama saya ingin berkongsi cerita ini. Tetapi, selepas saya timbang semula, saya ternyata pada mulanya agak keberatan. Ianya tentang Idris. Bukan sesuatu yang tidak elok terjadi, tetapi sebaliknya. Saya gembira, bersyukur. Terasa seperti doa saya setiap hari kepadaNya termakbul. Mungkin tak semuanya, tetapi walau sedikit begini, terkesan sungguh dihati saya. Dalam terasa nikmat ini. Sebagai hamba, saya bersyukur. Dia menyayangi saya dan Dia mengajar saya mensyukuri keupayaan yang ada pada saya dan juga pada benda-benda bernyawa disekeliling saya.
Selama ini, saya sering teringin melihat Idris berjalan, berlari dan menerokai alam semesta ciptaan Allah ini. Mungkin, agak mustahil dalam masa terdekat ini untuk Idris melunaskan apa yang Mamanya inginkan. Selama ini, keupayaan Idris sekadar berguling ke kanan, ke kiri, menghentak tangan, menghentak kaki. Adakalanya dia dia melanggar dinding, ada masanya dia menangis kesakitan, ada masanya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Itu Idris saya. Sukar diramal dan saya sendiri tahu Idris memang susah untuk mentafsirkan erti sakit yang dialaminya. Selama ini, begitulah Idris saya.
Minggu lalu, Idris memberikan saya satu hadiah. Sewaktu kami ke Ipoh, tatkala saya sedang bercakap dengan Cik di telefon. Sambil itu, mata saya memerhatikan Idris. Tiba-tiba, saya lihat dia bangun duduk sendirian. Kaku saya melihatnya. Walau dia tidak dapat bertahan untuk duduk secara bersendirian dalam masa seminit, Idris memberikan saya kejutan. Saya pada mulanya memutuskan talian dengan Cik, dan saya datang dekat kepadanya. Saya tak mampu berkata. Walau sepatah. Setelah Idris berbaring semula, barulah ucapan 'alhamdulillah' keluar dari mulut saya.
Dan semalam, saya secara intensif bersama Idris. Saya yakin, Idris faham apa yang saya ajarkan kepadanya, bagaimana untuk menahan badannya dari jatuh. Setelah beberapa kali saya menerangkan kepadanya, dia tampak lebih baik.
Cubaan-cubaan Idris semalam yang sempat saya rakamkan.
Dan semalam, saya secara intensif bersama Idris. Saya yakin, Idris faham apa yang saya ajarkan kepadanya, bagaimana untuk menahan badannya dari jatuh. Setelah beberapa kali saya menerangkan kepadanya, dia tampak lebih baik.
Cubaan-cubaan Idris semalam yang sempat saya rakamkan.

Adakalanya, dalam sesi pembelajaran ini, Idris 'malas' seketika untuk mencuba. Lihat..





Di akhir hari, inilah hadiah yang berharga untuk saya dari Megat Idris Naquiyuddin. Tahun 2009 mencatatkan perubahan dalam dirinya untuk saya coretkan di lembaran diari hidup ini.

Go Idris! Go!
Comments
btw, alhamdulillah, esok2 boleh melompat lompat!
xXhugsnkissesXx
Am ur silent reader..
Kali nie terpanggil utk tggl jejak.. :)
Salam kenal..
Tahniah atas kekuatan, ketabahan, kesungguhan dan kesbaran akak..
Sungguh, air mata Na tumpah dengan entry ini..
Terlalu menyentuh hati : sementelah Na juga seorg ibu..
Harap akak akan terus tabah utk menghadapi hidup..
Dan Idris, teruskan buat Mama tersenyum! :)
I love u akak! :)
Pasni leh bangun pulak yek idris..terus jalan.. :) Nanti ajar Nabila pulak tau Idris.. :)
Terima kasih. Sorry, x jawab phone call tu.
Itulah Ide. Btw, bila nak mai Ptrajaya ni?
Adik? Erks, aunty la. Ko kan kawan dengan Mama dia.. Aunty Jujue!
Al-hamdulillah.
Terima kasih. Naluri seorang ibu memang mudah tersentuh, kan? Itulah yang membuatkan seorang wanita hebat.
Salam perkenalan.
Terima kasih. Naluri seorang ibu memang mudah tersentuh, kan? Itulah yang membuatkan seorang wanita hebat.
Salam perkenalan.
Jue, insya allah, masin mulut mama jue, idris jadi anak yang baik, dunia akhirat.
insya allah, idris anak yang kuat, dia akan OK. mungkin tak OK macam orang-orang lain, tapi kelainan yang ada pada dia yang membuatkan dia sungguh istimewa.
no problem cik ina, nanti idris & nabila akan sama-sama bermain berkejaran!
- megat idris naquiyuddin :*
walau sebesar zarah sekalipun perkembangan idris, saya memang bersyukur.
all the best Mama Idris!
yeah..go idris go! Go sophia go!