Sebaliknya..
Semenjak 18 Ogos lalu, saya secara rasminya tidak mempunyai pembantu di rumah. Aduh, sungguh mencabar menjadi seorang Mama kepada Idris dan Sophia, menjadi seorang isteri kepada Abahnya yang perlu menguruskan keperluan dalam dan luar :P serta menjadi seorang anak dan menantu [cuba menjadi yang terbaik]. Pembantu rumah saya hanya akan tiba di ambang Aidilfitri.
Sebelum ini, bermacam cadangan yang berlegar di dalam kepala, ke mana harus saya letakkan Idris dan Sophia. Kesiankan. Ikutkan hati, ingin sahaja saya bercuti tanpa gaji, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Saya kasihankan Idris andai diletakkan di nursery. Bukan nak mengata jagaan nursery tidak bagus, tetapi anak seperti Idris akan diabaikan sekiranya dimasukkan ke nursery harian biasa, pastinya dibiarkan berlapar, diapers yang tidak perlu diganti. Idris tidak menangis, tidak meragam dan tidak diminta memberi perhatian. Ish, tidak tidak. Itu perkara yang tidak akan sesekali saya pertimbangkan. TIDAK!
Bagi menjaga kebajikan anak, belas ihsan Abang Awish dan Kak Yan saya sanjung tinggi. Terima kasih ye, kerana mengizinkan Idris dan Sophia diletakkan dibawah jagaan pembantunya Ijah yang cekap sepanjang saya bekerja di pejabat, dan apabila malam menjelma dan hari minggu, saya berusaha segigih mungkin untuk menguruskan mereka berdua sendirian. Susah? Sangat susah bagi saya kerana selama ini saya sentiasa punya pembantu. Punya pembantu yang membantu menguruskan anak-anak dan rumah tangga, tapi kali ini, saya seorang diri (dan dibantu oleh Tok dan Abahnya juge :P) secara keseluruhan! Wah.. sayalah superbionik Mama! :P
Setiap benda datang dengan kebaikan dan keburukannya, kan? Saya tak ingin berbicara mengenai penat, letih, susah lagi. Saya boleh berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan kudrat demi anak-anak saya.
Kalau dulu, saya bangkit dari tidur jam hampir mencecah 7 pagi, subuh dinosour dan terkedek-kedek bersiap ke pejabat, tapi sekarang tidak lagi. Kini, saya bangkit jam 5 pagi, ke dapur memasakkan pouridge anak-anak, bersolat subuh seawal jam 6 pagi dan tayar kereta TAH7444 bergerak ke pejabat sebelum jam mencecah 6.30 pagi! Banyak keberkatan saya peroleh, kan?
Kalau dulu, hari minggu saya, saya akan menyambung tidur selepas subuh dan terlentang dan bersuka ria dengan Idris dan Sophia di depan TV, hari minggu saya kini bermula juga seawal 5 pagi, saya menyapu, mengelap lantai, mencuci baju, menyediakan keperluan anak-anak dan rumahtangga! Itu ditambah lagi dengan mencuci tandas-tandas di rumahku~ huhuhuhu. Memang seorang bibik sejati, ok?
Kalau dulu, Abahnya akan bersenang lenang menjerit 'Mama/Bibik, Idris b.o (poo poo)' dan dia dengan selambanya mencapai remote TV atau lappynya, oh kini tidak lagi. Kami sama-sama yang akan membersihkan Idris, dan Sophia juga memainkan peranan yang 'penting' dan men'educate' Abahnya mengenai anak-anak dengan menjadi seorang yang 'crancky' dan minta didukung 24 jam sepanjang matanya celik. Tatkala sang Abah naik angin, dia akan memberikan satu senyuman yang paling manis dan memanggil 'Aaabah!' dan, magiknya semua itu dapat menyejukkan hati Abahnya! Huhuhu~
Betul bukan, pandang benda dari sudut positif, pasti kita akan dapat menempuhnya dengan senang dan aman.
p/s: berulang alik dari Gombak ke Putrajaya setiap hari bukan kerja mudah bagi saya, tapi bila mengenangkan kebajikan anak-anak, saya sanggup berkorban.
p/s: geng-geng Gedangsa, [Ina, Ita, Jiey -- berbuka puasa sama-sama?]

Comments
sebeloh tgn dukung ian, sebeloh tgn jemur kain.. huhuhu.. bibik.. pulanglah.. aku merinduimu..:P
Jiey baru sms ita last weekend, mention pasal nk buko poso samo2.. ajok ina n put skali..
tempat, samo2 decide la.. kalu nok surirumah memasak pun bleh.. =)
kt yg tak dok anak ni pun agak letih nguruskan umh, ni kan lak kak put yg ader 2 anak yg amat comei ituh... ;p
orang dulu-dulu tade complaint pun kena jaga anak, jaga rumah, jaga suami.. :P [what a bad me!]
[jiey^mien]
put lebih suka idea 'suri rumoh' memasak ;) kita buat pot luck at your place, bulih ko? sbb takut nk bawa anak-anak ke tempat awam. H1N1 ni scary wehh..
hohoho~ kerja sket dah complain :P hehehehe.
[baby_tiger]
not only abah, dia juga boleh pronounce nama mama dengan baik la auntie anim :)
[my_heart]
kak sha, kalau nak ajak berbuka kena dengan group esskians, baru havoc!
[rauhunt]
yep, muka mamanya yang sungguh jelita.