20 Ramadhan ~ saya hiba dan tersentuh.
Saya baru sahaja mengapprovekan satu komen yang ditinggalkan untuk entry Anugerah Allah tadi. Saya benar-benar tersentuh dengan komen ikhlasnya :(
*
*
*
*
*
Hai Adik Puteri, Akak terbaca blog adik semasa google nama kawan lama akak, rupa-rupanya kawan lama akak tu abang kesayangan adik yg telahpun tiada. Kali terakhir akak berhubung dgn Arwah Nan pada awal 90-an. Dulu kami sama-sama sekolah rendah di Kuantan. Masa tu adik Puteri baru lahir. Selepas sek rendah, kami terputus hubungan sehinggalah bila Arwah sakit, dia tulis surat selepas dia dapat alamat akak dari cousin Puteri, Anis (juga kawan akak). Memang kami selalu berutus surat kadang dia telefon kalau akak cuti. Selepas beberapa thn, tulisannya semakin sukar dibaca sehinggalah suatu hari, dia call katanya tak boleh tulis surat lagi. Bercakap di telefon pun adiknya tolong pegang gagang telefon. Akak sedih sangat. Nak pergi melawat, dia tak bagi. Katanya tak mahu menyusahkan org. Kemudian kami terputus hubungan. Masa akak di kampus, ada org tak dikenali dtg pada akak, cakap arwah kirim salam dan dia sedang tenat. Akak tak tahu nak buat apa. Menyesal sebab tak melawat arwah dulu. Sehinggalah pagi tadi, tiba2 teringat pada dia dan akak Google namanya. Dia kawan yg sgt baik. Masa di sekolah dulu, dia gila bola. Team favourite Juventus dan minat Paolo Rossi. Dia left-handed dan hensem. Masa di sekolah dulu,budak2 perempuan ramai admire dia. Akak salah sorang kot:) Arwah memang sihat walafiat masa kecil. Tiba2 saja jatuh sakit. Bila akak tanya, sakit apa? Dia kata lepas main bola, kaki dia tiba2 sakit dan terus lumpuh. Tapi walaupun sakit, dia tetap ceria, positif, selalu beri nasihat & bergurau mcam biasa. Adik Puteri, nanti kirim salam pada ibu adik ya. Jaga Idris baik2. Byk2 kan bersabar & redha. Ingat, things happen for a reason. Pasti ada hikmah yg tersembunyi. Only Allah knows.
... meremang bulu roma saya, sebaknya. Arwah merupakan abang kesayangan saya yang sudah pulang kepadaNya. Wajah Idris sendiri saling tak tumpah seperti wajah arwah. Kata FIL ku, oly good die young dan saya akui, Arwah seorang anak yang sungguh istimewa dari adik beradik yang lain.
Sewaktu saya kecil, saya tanyakan pada Arwah Aboh saya, siapa anak Aboh yang paling Aboh sayang, Aboh jawab mestilah saya sebab saya anak bongsu, tapi Abang Nan is my golden son. Waktu itu saya cemburu sangat-sangat. Tapi, bila saya dianugerahkan Idris, saya mengerti mengapa Arwah Abang Nan di anggap sebagai golden son.
Dan, ini juga pesanan -Mamamia- untuk saya membesarkan Idris. Saya sungguh bersemangat, seperti diberi satu semangat baru yang sungguh kental.
Sewaktu saya kecil, saya tanyakan pada Arwah Aboh saya, siapa anak Aboh yang paling Aboh sayang, Aboh jawab mestilah saya sebab saya anak bongsu, tapi Abang Nan is my golden son. Waktu itu saya cemburu sangat-sangat. Tapi, bila saya dianugerahkan Idris, saya mengerti mengapa Arwah Abang Nan di anggap sebagai golden son.
Dan, ini juga pesanan -Mamamia- untuk saya membesarkan Idris. Saya sungguh bersemangat, seperti diberi satu semangat baru yang sungguh kental.
*
*
*
*
*
Akak nak share kisah akak pulak sebab akak tengok, adik risau sgt dgn Idris. Anak lelaki akak, Adam, masa dlm kandungan, doktor suruh abort kerana disyaki akan mengalami brain damage tapi akak redha & teruskan. Akak sanggup terima apa saja yg Allah beri. Dah siap survey pusat jagaan & treatment utk down sindrome. Hari2 akak doa, jgn dicacatkan otaknya, biarlah pada anggota lain seperti tangan dan kaki pun tak apa. Allah Maha Mendengar, anak akak lahir istimewa dgn tambahan 4 jari. Semuanya 24 jari dia. Dia juga lambat bercakap & berjalan, dan selalu kena sawan dan lelah tapi fizikalnya ok, sentiasa over-weight. Akak tak putus2 berubat dan Alhamdulillah dia dah mcm budak2 lain. Akak tak paksa dia belajar. Biarkan saja dia buat apa yg dia suka asal dia happy, main robot & tengok kartun. Periksa di sekolah pun kelas akhir nombor 30 dan tak tahu baca ABC pun masa darjah 1. Memang stress bila org asik compare dia dgn budak2 lain sebab fizikalnya ok tapi perangainya mcm budak kecik lagi. Akak beri dia laptop, hari2 kerjanya menggodek internet main game & youtube. Tiba2 thn lepas dia boleh membaca, dapat nombor 3, puasa penuh dan report card pun dah mula biru. Dia cakap dia nak jadi jurutera buat robot. Alhamdulillah... sebagai ibu, jgn putus asa. Ini baru dugaan kecil.
Akak, it's very inspiring story!
To: Mamamia
Kak, tolong hubungi saya, biarlah saya yang menjalinkan semula jalinan silaturahim yang terputus ini. Nanti akak tolong email saya ye -- puterinuur@yahoo.com.
Comments
sedih sgt baca.. air mata saya x dpt dibendung lg.. org yg pnah merasai kehilangan je yg mengerti betapa peritnya bila perihal yg telah pergi disebut2..
Be strong sis~
:( meremang bulu roma kte....
sgt touching...
al-fatihah ntok arwah abg akk...
XOXO
Komen kedua juga secara tak langsung memberi semangat pada saya .. insyaAllah anak2 kita akan membesar menjadi kanak2 normal.
aduh~ keperitan sebab kehilangan ahli keluarga terdekat memang memedihkan. sampai sekarang, masih terasa gelak tawanya.
[jujue]
yer jujue, saya menangis di sini membaca komen akak ni. arwah abang kakput ni memang sorang yang hensem. kalau jujue nampak Idris tu hensem, macam tulah rupanya.
[ME]
kak, kita sama-sama bersemangatkan dengan cerita pasal anak -mamamia- ni.
Thanks put for sharing. Kem salam encik asben.
InsyaAllah berkat ketekunan dan kesabaran Sue, Idris juga akan mampu menakluk dunia suatu hari nanti. Amin.
be strong put, i know u can ....:)
semoga hari raya ini menceriakan u & family kay dear ..
Then bab keta tu sabar banyak2.. Tuhan nk bagi rezeki keta comel yg lain kot.. Tah2 dapat Honda Jazz ke.. Hehe..
bersilaturahmi mba..
ada AWARD SEDERHANA untuk mba,,mohon diterima ya,,di blog NURANURANIKU,,trims.
moga kak put dan keluarga tabah dan tenang dgn stiap dugaan..
Miracles are everywhere actually..
Kita jer yang tak sedar..
=)
suka blog akak. teruskan berblog. saya link ye.
semoga kita sama-sama bersemangat!!!