Baby Einstein

Setiap hari, bila saya ingin melangkah ke pejabat, anak-anak saya yang berdua itu mula menunjukkan tanda protes. Baik Idris mahupun Sophia, mereka berdua seolah-olah tidak mengizinkan saya keluar dari pintu rumah. Tiap kali saya menarik pintu itu, hati saya diselaputi rasa kesal dan berat hati. Terdengar ledakan suara 'maaaaaaaaaa' dan 'ammmmma' dari ulas mulut kedua mereka.

Tapi, keadaan ini seakan tidak berlaku semenjak dua minggu yang lalu. Tahu kenapa? Saya 'terjumpa' semula kotak DVD Baby Einstein mereka, al-maklumlah baru sempat saya buka semula kotak-kotak yang berpindah. Tengok dua beradik ni.

Tengah syok layan DVD. Mama panggil cakap nak pergi office pun, dua-dua buat muka deeeek je..

Si Phia tengah senyum, angguk-angguk sambil pandang idris, sure dia tengah excited bercerita tuh.. hahahha. Sayang gambar blur.

Comments

alorh alorh..comeynyer dua beradik nih..hehe..yang si kecik sophia tu pun bukan main lagi..hehe..!
Mrs. Simplicity said…
oh bukan anak je enjoy baby Einstein, mama dia pun suka. siap hafal lagu2 dalam tuh. saya la org itu. heheh..
Misya Idris said…
heheh kalau gambar tu tak blur kan best!! :)
ME said…
so sweet .. Sophia & Idris
Amalina said…
amboi amboi, baiknya adik beradik tu. cutenya, khusyuk dok tgk baby einstein.

Popular Posts