Jemputlah saya pulang dahulu, sebelum Idris...
Semalam, saya tengok Idris asyik menguis-nguis kepalanya, sekejap-sekejap matanya. Dalam hati kehairanan, mengapa? Saya terus memerhati, beberapa saat kemudian, Idris menangis, meraung. Saya cepat-cepat hampiri, saya teliti badannya. Dari kepala, tangan, badan dan akhirnya kaki. Ya Allah, rupanya ada semut menggigit badannya. Cepat-cepat saya nyahkan riwayat semut itu.
Terdetik seketika didalam hati saya. Agaknya sudah berapa lama semut itu menggigitnya? Tiba-tiba hati dipagut sayu. Sangat sayu. Kesian Idris, melawan semut seekor juga dia tidak mampu. Saya pandang lagi dia, dia sudah seperti lupa akan kesakitannya beberapa saat yang lepas, dia lepas bebas terguling di atas play matnya. Kadang kala kedengaran hentukan kakinya yang kuat. Sekejap-sekejap di atas lantai, sekejap-kejap di badan Piano. Tergesa-gesa saya bangkit membetulkan posisinya.
Semalam saya keluar sebentar dengan Min Min ke JJ Equine. Entah macam mana, tiba-tiba radio memutarkan lagu 'Tercipta Untukku' lantas aku suarakan pada Min Min, lagu ini sungguh syahdu. Kenapa tanyanya sepatah. Lantas aku jawab, aku dedicate lagu ini untuk Idris. [Lagu ini saya attach disini, ada dalam playlist dibawah, track #4]
Senyuman Idris tidak pernah gagal menceriakan hari saya. Kadang kala buat saya terpaku, indahnya ciptaan Allah. Saya tahu, Idris adalah pelengkap hidup saya, tanda cinta saya dan suami. Usai sahaja lagu itu berkumandang, saya tiba-tiba sebak.
"Min, akak selalu berdoa. Kalau Allah nak tarik nyawa akak, akak minta dia tarik nyawa Idris dulu. Sebab akak tahu, kalau akak dah tak ada, tak ada sesiapa yang mampu menyayangi, menjaga dan menguruskan Idris seperti mana akak buat" aku nokhtah disitu. Sayu dan Min Min juga berjeda air mata bergenang di kelopak mata.
Gambar kesukaan saya, sepanjang masa. Di saat saya bergelar ibu. Rahmat Ilahi yang tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Waktu ini, Idris dikembalikan kedalam pangkuan saya setelah dia menangis selepas Majlis Cukur Jambulnya selesai. Saya rindukan saat-saat dia bergelar anak kecil saya.
Moga Allah mendengar doa permintaan hati ibu ini, andai Dia ingin menarik nyawa saya, menjemput saya pulang kepadaNya, jemputlah Idris dahulu. Walau saya terlintas di benak juga amat ngeri untuk dibayangkan hidup saya tanpa Idris, tapi saya rela. Saya tak ingin selepas ketiadaan saya anak ini disia-siakan meskipun saya percaya pada janji Allah, Dia tidak akan mensia-siakan hambanya.
Mama sayang Idris. Sangat-sangat.
Terdetik seketika didalam hati saya. Agaknya sudah berapa lama semut itu menggigitnya? Tiba-tiba hati dipagut sayu. Sangat sayu. Kesian Idris, melawan semut seekor juga dia tidak mampu. Saya pandang lagi dia, dia sudah seperti lupa akan kesakitannya beberapa saat yang lepas, dia lepas bebas terguling di atas play matnya. Kadang kala kedengaran hentukan kakinya yang kuat. Sekejap-sekejap di atas lantai, sekejap-kejap di badan Piano. Tergesa-gesa saya bangkit membetulkan posisinya.
Semalam saya keluar sebentar dengan Min Min ke JJ Equine. Entah macam mana, tiba-tiba radio memutarkan lagu 'Tercipta Untukku' lantas aku suarakan pada Min Min, lagu ini sungguh syahdu. Kenapa tanyanya sepatah. Lantas aku jawab, aku dedicate lagu ini untuk Idris. [Lagu ini saya attach disini, ada dalam playlist dibawah, track #4]
Menatap indahnya senyuman wajahmu
Membuatkan ku terdiam terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku sepanjang hidupku
Membuatkan ku terdiam terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku sepanjang hidupku
Senyuman Idris tidak pernah gagal menceriakan hari saya. Kadang kala buat saya terpaku, indahnya ciptaan Allah. Saya tahu, Idris adalah pelengkap hidup saya, tanda cinta saya dan suami. Usai sahaja lagu itu berkumandang, saya tiba-tiba sebak.
"Min, akak selalu berdoa. Kalau Allah nak tarik nyawa akak, akak minta dia tarik nyawa Idris dulu. Sebab akak tahu, kalau akak dah tak ada, tak ada sesiapa yang mampu menyayangi, menjaga dan menguruskan Idris seperti mana akak buat" aku nokhtah disitu. Sayu dan Min Min juga berjeda air mata bergenang di kelopak mata.

Moga Allah mendengar doa permintaan hati ibu ini, andai Dia ingin menarik nyawa saya, menjemput saya pulang kepadaNya, jemputlah Idris dahulu. Walau saya terlintas di benak juga amat ngeri untuk dibayangkan hidup saya tanpa Idris, tapi saya rela. Saya tak ingin selepas ketiadaan saya anak ini disia-siakan meskipun saya percaya pada janji Allah, Dia tidak akan mensia-siakan hambanya.
Mama sayang Idris. Sangat-sangat.
Comments
kak put, tabah ye dgn dugaan ni...
nak sgt jmp c kecil idris tu...;p
Sedih akak baca n3 ni put tapi akak yakin setiap yang berlaku ada sebab munasababnyer. Akak yakin jika put lagi kuat dan terus tabah i'allah akan ada ganjaran baik yang bakal put terima. Bersabar je dik.
Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar...
Semoga sentiasa bahagia. :)
Tapi skrg, Jiey ketepikan dulu semua tu..
Put pun tahu Ian memang jauh kalau nak dibandingkan dengan anak2 lain.. Jiey nak usaha smpi sehabis daya.. Sekurang-kurangnya, biar Ian menghampiri anak2 lain.. Andai sampai waktu, Jiey tewas, redhalah hati menerima takdirNya..
Tapi sebelum tiba waktunya, Jiey takkan mengalah.. Semuanya kerna kasih yang ada!
Put dearest, we're in this together! You're not alone my dearest!!
*Nangis mokcik baco entry nih*
insya allah, ada masa mai la datang rumah yer :) kalau nak jumpa idris senang je, seminggu sekali adalah muka dia terpacak di Jabatan Rehablitasi, Hospital Putrajaya.
:)
Apa yang mampu seorang ibu lakukan selain berdoa setelah segala usaha dan ikhtiar dilakukan. Doalah satu-satunya cara sang ibu meminta padaNya agar si anak tidak teraniya. Ayuh Kak, sama-sama kita berdoa dan terus berdoa agar anak-anak kita diberi rahmat dunia dan akhirat.
Yakin pada janji Allah, semua benda yang jadi ada baik dan buruknya. Yang baik datangnya dari Dia dan yang buruk dari pada kita semata.
Insya Allah, saya kuat la Kak.. doakan saya sentiasa dirahmati yer ;)
Bukan nak buat entry untuk orang menitiskan air mata atau untuk meraih simpati, Put menulis pasal Idris. Itulah hakikatnya yang Put hadapi. Terima kasih Leen, diatas doa dan keprihatinan :)
Insya Allah, hanya sabarlah yang boleh KakPut buat.
[Zety Zin]
Sayang saya pada Idris dan Sophia tanpa sempadan. Semua ibu juga rasa macam tu kan Kak kat anak-anak diaorang, darah daging kita.
[allyani]
Aly, ini fakta bukan auta. Mana mungkin Idris mampu menguruskan hidupnya sendiri andai menentang seekor semut pun dia tak berdaya. Moga Allah permudahkan segala urusan memperbesarkan Idris.
I dunno what to say. Bila dengan Jiey atau dengan mana-mana incredible parents, Put rasa nak menangis bila sama-sama berkongsi cerita pasal anak-anak kita. Parents lain yang singgah sini sangat-sangat baik, sangat-sangat supportive dan memahami, tapi hanya orang yang berada dalam situasi yang sama sahaja lebih memahami bagaimana rasa itu hadir dalam hati.
I'll give him my all. Berkorban segalanya untuk Idris, sampai terkorban pun Put tak kisah andai boleh jadikan Idris seorang anak yang sempurna pada takrifan alam. Berusaha beribu-ribu kali untuk menghindari rasa gusar akan kehilangan Idris, tapoi Put tak dapat sembunyi, lebih gusar andai Idris kehilangan Put.
Ukhss... I think I should stop here.
:(
Saya sayang Idris lebih saya sayangkan nyawa sendiri, sebab dia adalah nyawa saya :( dan, walau saya tak redha kehilangan Idris, tapi saya sedaya mencuba andai itu terbaik untuknya.
Fahi... :(
Terima kasih kerana kongsi entri ini bersama. Sedih! Semoga Allah memberi kesabaran dan ketabahan untuk Puteri Nuur. Semoga esok membawa sinar dalam hidup. Ameen
Salam ceria
lightnur
:)
jangan sedey2, tak comey..
sabarlah. Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.
kengkadang mmg kita harap samada kita mati sesama atau dia pergi dulu, jangan kita pergi dulu sebab takut anak kita terkapai-kapai sendirian ..hu hu...ure such a gud mother..
Apa yang Put rasa..sama mcm ina rasa..Andai diberi pilihan..biarlah Nabila yang pergi dulu..sebab belum tentu siapa yang boleh jaga dia seperti mana kita menjaga dia..
Sedih bla kata begini..tapi apakan daya..kita yang melahirkan mereka..dalam perut merasa suka dan duka bersama..makan bersama..segalanya bersama..
Moga kita diberi kekuatan dalam menempuh segala apa yang Allah berikan pada kita.. :)
saya juga ibu..
adoi..tak tau nak tulis apa..
air mata mengalir ni kak..