Idris & Sophia :)
Seronok tengok Idris dan Sophia makin mesra bersama-sama. Seronok juga tengok tatkala Idris memekik marah terhadap si adik tatkala Sophia menangis minta diangkat. Pada hemah saya sebagai seorang Mama, Idris seorang yang agak baran orangnya bila hak-hak dan keamanannya digugat :P Pun juga, Idris masih tetap anak baik yang baik, ragamnya tak seperti Abahnya waktu kecil dahulu (itu kata bapa mertuaku, anak-anak aku semuanya baik-baik, Insya Allah. Baik sampai ke besar ye) Kepantangan Idris, jangan diganggu waktu dia sedang beradu, walau di atas lantai mana sekalipun, walau penuh dihurung nyamuk, biarkan dia disitu atau Mama dan Abah bersedia mendengar 'irama' merdu tangisan Idris menangis sepanjang malam, silalah :P
Sabtu lepas juga, puas hati saya dapat membelikan Idris 1 kerusi baru. Sudah lama saya menyedari Mumbo kuning itu tidak lagi selamat untuk Idris, kerana dia sudah mampu meliang lentukkan badannya dan akhirnya dia akan terjelepok di luar kerusi. Bahaya dan kesian Idris.
Sabtu lepas juga, puas hati saya dapat membelikan Idris 1 kerusi baru. Sudah lama saya menyedari Mumbo kuning itu tidak lagi selamat untuk Idris, kerana dia sudah mampu meliang lentukkan badannya dan akhirnya dia akan terjelepok di luar kerusi. Bahaya dan kesian Idris.
Sepanjang perjalanan pulang dari Alamanda ke rumah jugalah hati ini teringat-ingat akan Combi ;) Tiba aje di rumah, usai solat Maghrib, pada Abahnya aku suarakan justifikasi kenapa Combi harus ku beli. Tersengih suami, mungkin arif dengan perangai isterinya ini, dia akur membawa aku semula ke Alamanda, semata-mata membeli Combi untuk Idris. Bila dah berada di Kids Department, sungguh tidak sesuai andai mata dan tangan ini tak menjeling ke arah pakaian kanak-kanak perempuan, dan Sophia juga mendapat habuannya :) Mama kan seorang yang adil dan kepakaran Mama adalah membuang duit demi anak-anak :P Sungguh berkesan terapi membeli belah ini :)
Dan Mumbo dengan rasminya menjadi milik Sophia :P
Dan, ini juga bakal menjadi milik mutlak Sophia kelak, tapi buat masa sekarang, on loan basis dulu ye :P Jangan pandai buat-buat gheta sendiri ye Sophia, sharing is caring :)
Dan, ini pula aktiviti di pagi Ahad si Abang dan Adik..
Sophia: Ish, mana ada, cerita ni bestkan Lope (sambil mata memandang TV)
Sophia: Mana ada, ok pe?
Alangkah amannya hati ini, andai suatu hari nanti perbualan ini benar-benar terjadi diantara anak-anakku ini. Insya Allah, saya yakin dan positif, suatu hari, saat ini akan muncul dan menjadi realiti. Doa-doakan yer :)
Comments
insyaAllah, sesungguhnya, Dia maha membantu.