Terapi Cara Kerja
Saban minggu, muka Idris dan Mama sentiasa akan ada di Hospital Putrajaya. Penat? Mama akui, terasa sangat kepenatannya. Mamalah driver, pendukung Idris ke hulu dan ke hilir serta Mama jugalah pembantu ahli terapi untuk Idris. Memang Mama inginkan penglibatan 100% dalam semua sesi terapi Idris. Mama yakin, berkat kesungguhan Mama, Idris akan jadi lebih baik. *positif..positif..positif*
Hasil bebelan Mama yang bertalu-talu, akhirnya Abah Idris hadir juga temani kami di sesi OT kali ini. Mama sangat suka, sebab Mama tak perlu berpusing-pusing mencari parking (kesedaran rakyat Malaysia terlalu rendah, parking OKU di hospital juga dicilops. Kesian kami yang btol2 OKU ini..) Apa yang perlu Mama buat adalah, daftarkan diri dan terus ke Jabatan Rehabilitasi.
Hari ini, ada 2 aktiviti baru yang Idris tak pernah buat. Tapi, sebelum tu Mama nak kongsi video kat bawah ni, mengenai urutan. Kepada ibu-ibu yang punyai anak yang sensitif kepada sentuhan, anak-anak kita ini perlu sentiasa disentuh, diransang. Sebenarnya, kita tak tahu kenapa anak kita tak nak disentuh sedangkan lumrah seorang anak sukakan dibelai dan disentuh. Mungkin, apabila tersentuh, mereka akan terasa seperti tajam atau tidak menyenangkan. Andai ini yang dirasa, jangan sesekali biarkan ianya berterusan. Ransang sentiasa tapak tangan dan tapak kaki mereka.
Sekian, sesi OT Idris buat kali ini.
Comments
Sad to say - no improvement all all :(
masih ditahap yang sama, tapi insya Allah, Mama Idris sudah kalis rasa. Xmo lagi emo2, Mama Idris mungkin jatuh tersungkur, tapi Mama Idris tahu macam mana nak bangkit semula.
put!! mu dah kurus la..
fyi, ian pun hypo or in full hypotonia aka disorder that causes low muscle tone.. over sensitif dgn sentuhan. that's why budok ian nih tokse pijok.. :P
idris, koho2 okeh.. Mama Jiey tahu Idris bulih.. Hero tok ggaduh dih? =)