Aiyo son, use your hand la darling..
Dia lahir untuk membahagiakan saya. Dia lahir untuk memberikan saya nikmat sebagai seorang bonda. Dia lahir untuk mengajar saya menjadi seorang yang tabah. Seorang yang kuat. Seorang yang cekal. Lahirnya dia ke dunia, setiap satu saat tidak pernah saya kesali, malah berbangga memiliki anak sepertinya. Dia, anak saya yang sangat baik.
Untuk tatapan manusia yang punya hati, saya persembahkan video ini. Video ini dirakam sewakti sesi terapi cara kerja baru-baru ini. Saya bangga dengan anak saya, meski mungkin 'tiada' sebarang keistimewaan pada pandangan mata orang lain. Kalau diperhatikan pada Idris, dia langsung tidak mahu menggunakan tangannya. Dia lebih rela menepis bola-bola kecil ini dengan mengembang kuncupkan hidungnya dan menolaknya dengan lidah. Aiyo son, use your hand la darling..

Comments
chayok-chayok..
nanti teacher zilla datang...
bukan setakat tangan... kaki pun boleh lah mama idris....... betul x idris cayang...... hehehehehhee
its ok for him la kak...
lama2 dia akan tau...huhuhu
Aunty doakan Idris yang terbaik....sayang dia....tahniah ibu Idris...kerana Allah kurniakan awak anak istimewa.....awak bertuah...bersyukurlah....
idris is 100% better than her ..dia hanya terbaring sahaja..muka pun sangatlah cantik, putih(lebih putih dr idris sebab jarang keluar rumah ..) hidung mancung, satu calit kudis pun takder kat badan ..
bila i tgk idris angkat tgn dlm video nih, i terkenang kat dia ..(whoaa..sedeynya ..) dia meninggal masa umur dia 15 tahun ..few years back .. sempatlah i mandikan mayatnya ..1st time mandikan mayat & i rasa, itulah tubuh tercantik pernah i tgk .. suci betul ..memang syurga tempatnya ..
nuur,kadang2 kita rasa kita susah, kita tak sempurna, but believe me, ada org lagi susah, lagi tak sempurna dan lagi banyak masalah dr kita kan ..cuma kita tak nampak sebab mungkin kita hanya pandang masalah kita jer ..( i pun ingatkan diri i sama ..)
tetiba i rasa sedey tgh2 malam buta nih..ehhehe.. maybe i teringat sepupu i tuh .. :)
i suka tgk idris bg tindak blas pd u..u raji2n buat aktiviti utk dia ..bua tanpa jemu ..buat ulang2 .. insya allah banyak peningkatan ..