Cerita Anak-anak Mama :-)

Wah, Makcik suka baca tajuk entry ni.. selalunya, Makcik cuma tulis 'anak' tapi sekarang ni - 'anak-anak'.. hehehe. Kasi la Makcik yang jakun ada dua orang anak ni nak merasa, lama-lama nanti lebam la tu..

Ramai dok tanya Makcik, macam mana Idris, macam mana si Abang Long, macam mana si Lope?

Ini Makcik nak cerita pasal Megat Idris Naquiyuddin

Semenjak 11 Februari, Makcik tahu hidup anak Makcik tak seindah hari-hari yang dia biasa tempuhi, al-maklumlah.. semua kena share. First time Idris dikenalkan dengan Sophia, he refused to kiss her sister. Muka sengal je. Both Makcik and hasben mengerti, bukan senang buat anak sulong nak terima kehadiran adik, sedangkan kami berdua tak pernah merasa ada adik.

Idris mula menunjukkan rasa kurang senang bila dengar Sophia menangis, bila ramai-ramai yang datang ke rumah mula beri more attention to Sophia compared him. Itu tandanya ada orang jealous.

Idris mulalah akan pekik-pekik, menangis and sometimes merengek. Kesian Idris. Makcik nak sangat bangun dan angkat dia, peluk dia and comfort him, tapi Makcik tak boleh buat macam tu. Makcik tak boleh angkat dan dukung dia seperti yang Makcik selalu buat.

Apa yang Makcik buat, Makcik akan suruh sesapa yang ada, maybe Abahnya atau Bibik untuk angkat Idris dan bawa ke pangkuan Makcik, Makcik peluk dia.. and cuba cakap kat dia, ini Sophia, adik Idris, best ada Sophia, Idris ada kawan dan macam-macam la.. Kadang-kadang, apa yang buat Makcik sedih lagi bila Idris nampak Makcik dukung Sophia. Dia stare je. Syahdu je muka dia.. mungkin dalam hati dia, dia rasa Makcik dah tak sayangkan dia kot.. aduhai...

Pastu, ini salah satu aksi geram Idris kat meow-meow dia.. aksi sebelum tido, yang Makcik amik masa 3 jam nak dodoikan tidonya. See..

Habis meow-meow dikerjakan..
Muka bengang bila dengar Sophia menangis

Ini pula kisah Puteri Mariam Sophia

Hari ni, umurnya dah cecah 6 hari. Ini gambar yang Makcik capture petang semalam. Rasanya tak macam baby umur 6 hari..

Sophia & Po - nampak macam sama besar ;-)

Comments

Unknown said…
Ha ah laa... Sihat tol sophia ni.. Cam dah 2 3 bln.. Kus smangat.. Gewammm
Ezzah said…
comey sngt la this little girl! cam baby dah umur bape bulan...cian abg dia jeles eekkk....heheheheh..
Yani,
Memang sumer orang cakap macam tuh..
Izah,
Nanti tengok macam mana anak Izah nanti bila dah dapat anak..hehehehe. Kesian diaorang..
MY HEART said…
Shomel.. shomel.. biasa arr put bebudak yang baru nak membesar. Tambahan dah ada adik ni memang peel dia memacam.. sama arr cam Daniel dulu masa memula nak terima kehadiran Anis mardihah.. dibuatnya anis cam bola sepak.. nak disepak2nyer dak kecik tu.. kus semangat.. memang takut.. now memasing dah besar bagak ni,.. turn anis plak nak jadikan abg dia bola sepak ahaks.. kihkihkih....
Misya Idris said…
kak put,
nampak sangat muka jeles si abang tu...
hahahahahha
Kak Eryn,
Memang la.. ramai yang cakap macam tu. Harapnya si Idris ni takde sampai to that extend.
Anim,
Memang macam tu la si Abang tuh.. Kesian dia, tiap kali KakPut pegang Sophia dia akan merajuk dan merengek.
sunshine said…
sophia cam muke laki kak put laaa...huhu..mmg camtu ekk? selalu anak pompuan ikot muke laki.. anak laki ikot muke mak?huuhuh
chubby,
memang pown muka dia copy muka abahnye.. kalau orang mai tengok dia ni, akan cakap 'she is soooo iskandar'.. tensen mama dia.
eMMe said…
Salam Put, wow big gurl already, mane tak nye 3 point sumthing kg, perghhh....
IrinaSairah said…
Kak Put,
Muka Sophia macam muka apak dia la..sejibik..hehehe..takde iras langsung ngan idris...sian kat idris..terasa ati tu...hehehe
salam kak sue,

comel nyer idris. LOL. memang nampak bengang ah dalam pic dia.. sophia pon comel mcm po. hehe
eMMe,
kus semangat.. hehhe, tengoklah mama dan abahnya ;-)

iNa,
apa yang kakput nampak macam abangnya ialah jari jemari dan kakinya.. itu je yang sama..

izyan,
thanks for visiting my blog ;-) jauh ni, dari japan. heheheh.

Idris memang bengang dengan adik dia ni.. muka macam po=abang anda. hahahha.

Popular Posts