Anak-anak
2-3 hari ni, Makcik rasa tak ade mood nak blogging. Mood tak datang sih.. Tapi, sebab dah ramai sangat dok tanya macam mana si Sophia sekarang, hari ni meh la Makcik update pasal anak-anak Makcik yer.
Megat Idris Naquiyuddin
Inilah ceritera seorang yang jadi abang. Ragamnya pelbagai, jealous dengan adik. Mama & Abah dah naik pening, nak marah sangatlah tak kena. Kami bersabar ajelah. Bila malam menjelma, nak dodoikan, ambik masa 2-3 jam, baru dia lelap. Lepas tu, demand, nak Mama je yang dodoikan. Kalau bibik or Abah, jawabnya tak tidor la.. kalau tidor pun, kebetulan sahaja.
Lepas tu pulak, andaikata kanak-kanak (gambar di atas ini) terjaga dari tido pada jam 3 atau 4 pagi, masya allah.. bangunlah Mama pujuk dia untuk tido semula yang mana, kalau tak cukup 1 jam anak sulung mama ni meraung, jangan haraplah Idris nak tido semula. Dia akan meraung-raung kesedihan. Pada hemah Mama, anak Mama ni nak keluarkan kesemua ketidakpuasan hatinya. Tapi, Mama bangga.. sekurang-kurangnya Idris dah tak nangis bila tengok Mama pegang adik, kan?
Satu lagi, Makcik terlepas sesi Fisio Idris @ 25th hari tuh. Next OCCT yang Makcik kena bawa pada 5th March, tak tahu lagi sape nak bawa. Kesian anak Mama, takde orang nak bawa pi training. Nanti Mama ikhtiarkan yer...
Ini pula update mengenai budak perempuan paling kecik dalam rumah Makcik ;-) tengok gambar je la ye, sebab dia bukan gheti buat apa-apa lagi pun kecuali menangis, susu dan tut tut kat diapers.
Puteri Mariam Sophia
Apa yang korang nampak dalam gambar ni? Pada pandangan mata Makcik, gambar kat atas ni tak ubah macam gambar Megat Iskandar (versi budak pompuan kecik) & Megat Khas (versi budak pompuan keck) yang sedang tido.
Taken on 22th Feb @ 11 days old - kalau bab tido, memang dia 'copy' skills Mama & Abah ;-)
Ini plak, Sophia first banggle. Makcik nampak macam cute je bila tangan si kecik pakai banggle macam tu.. ;-) close up yer...
Ini plak, gambar terbaru Sophia @ 15 days old. Dah lain kan muka dia.. dah tak macam Abahnya sangat dah.. hehehhe. Suka Makcik!
Megat Idris Naquiyuddin
Ini pula update mengenai budak perempuan paling kecik dalam rumah Makcik ;-) tengok gambar je la ye, sebab dia bukan gheti buat apa-apa lagi pun kecuali menangis, susu dan tut tut kat diapers.
Puteri Mariam Sophia
Ini plak, Sophia first banggle. Makcik nampak macam cute je bila tangan si kecik pakai banggle macam tu.. ;-) close up yer...
Comments
Bulu mata Idris cantik sgt.. Panjang!
Dilema anak sulong macam tulah.. takpe, he'll get used to it soon, Insya Allah.
Jue,
Rileks dulu, Imanina baru setahun.. give another year, pastu.. wallah!