Good news..

So, hari Rabu on 2 Julai pergi jumpa doktor dengan niat nak menyogok untuk mendapatkan sekeping MC hammer sebab terlalu penat dan at the same time nak bawa Naquiyuddin dapatkan injection setahun. Bila pegi jumpa doktor, dia suruh buat urine test memandangkan aku ni dah kawin dan tanda-tanda tu menunjukkan kot-kot aku mengandung.
Keputusannya: Double-line @ positive!
Oh my god, im 5 weeks pregnant now!
Rasanya macam tak percaya. Memang selama ni, saya dan suami bukanlah merancang. Rezeki kami terima dengan hati yang terbuka dan dengan penuh rasa syukur. Memang selama ni saya tak nak merancang, serik rasanya menanti 3 tahun kedatangan Naquiyuddin dalam hidup kami.
Lepas dari klinik je, saya call Iskandar, ajak dia jumpa di Mc D Equine Park. Dia datang dengan tertanya-tanya, kenapa wife dia nak jumpa di Mc D. Setahu dia, wife dia ni tak suka Mc D. Benda pertama yang saya beri ialah Ujian Urine Test and he smiled. Tergelak besar and said 'we made it again'. Nampak sangat muka dia suka dan hepi. Lepas tu call Cik and Abah yang jauh di Fujriah.
Apa yang ada dalam rahimku ini adalah cucu Cik yang ke-15 dan cucu ke-2 Abah. Semoga semuanya selamat dan saya sangat-sangat hepi ni :)
Comments
Terima kasih banyak2
Kalau dapat girl memang seribu rahmat, apapun i tak kesah Megat or Puteri, yang penting sihat dan selamat.
terima kasih sangat2
doakan semuanya selamat yer :)
congr8!!
thanks :)