Cerita Idris Masuk Wad
Cerita lapuk, tapi Mama hutang nak buat entry untuk Idris. Ini kali kedua Idris warded, kali pertama dulu, Mama langsung tak ambil pusing memandangkan pada masa yang sama Mama pun dalam wad juga operate mata.
Warded on 05/04/08 and discharge on 09/04/08.
Warded on 05/04/08 and discharge on 09/04/08.
Idris warded due to hi-fever, sampai 40.8 degree!
Aku takut sangat, sebab Idris dah sampai naik ke atas matanya. Takut sawan (fits) je.. Bila dah warded, doc masukkan 2 botol air. Menangis anak mama kena cucuk, Mama pun sama menangis. Sedih wooo tengok anak kesayangan kita kena cucuk.. rasa macam nak lempang je nurse tu. Tapi tak le lempang, ucap terima kasih lagi. Heheheheh...
Idris dimasukkan ke bilik 647 di APSH. Dibawah seliaan Dr. Nasir lagi, lupa nak cakap Kaka pun warded jugak, tapi di bilik lain. Macam buat gathering je di spital. Malam-malam banyak kali Idris kena masuk bullet kat b----t. Kesian anak Mama, merengek nak kan Mama aje.. Dr. Nasir refer untuk buat test sama ada Idris ni macam ada sawan ke tidak. Sebab kalau ada sawan, aduish... panjang la story-mory nya.
Esoknya, ini aksi Idris. Selepas di beri ubat tido :) Tapi, tak tido-tido. Masuk bullet kedua, baru dia nampak macam 'weng' sket...
Masa nurse tengah analisis tu, dia dah cakap kalau ikut pengalaman dia, Idris ni tak ada masalah apa-apa ni, semuanya nampak normal je. Tapi, Mama memang nak dibuat juga test ni, sebab nak tahu, kalau ada apa-apa masalah, Mama boleh buat persediaan dari awal lagi.
Idris discharged pada 09/04/08. Mama syukur sangat, dan 4 hari jugak la Mama amik cuti nak uruskan Idris. Itulah kita, bila dah jadi Mama, nak uruskan anak kena cuti, nak uruskan suami kena cuti.
Apapun, Mama tak kisah semua tu, janji anak Mama sihat walafiat dah menjadi seribu rahmat buat Mama.
Mama Sayang Idris :)
Apapun, Mama tak kisah semua tu, janji anak Mama sihat walafiat dah menjadi seribu rahmat buat Mama.
Mama Sayang Idris :)
Comments
anak u so handsome lah ..putih ..:)